Seronok & Excited

Salam semua,

Hari ni hari keempat kami beroperasi dari Production House baru.

Alhamdulillah excited sangat. Seronok sangat.

Padahal ada kilang jahit je. Tapi perasaan tu lain macam. Sebab rasa boleh buat macam-macam dengan adanya kilang jahit.

Dari segi sales pulak, Alhamdulillah dah kembali rancak seperti sebelum raya.

 

Hasil perbincangan dan market research, saya plan nak keluarkan beberapa produk baru yang dijangka bakal meletop. Hahaha.. Ni adalah ayat perasan ya. Setiap kali nak launch selalu confident akan meletop.

Sekarang ni pujuk hati untuk bersabar je walaupun dah tak sabar-sabar nak borong kain di Guangzhou pada minggu depan.

 

Dari semalam sibuk interview pekerja baru. Setakat ni dah ambil 5 orang lagi tukang jahit baru, 2 orang admin baru dan juga staf bahagian potong dan lipat.

Esok insyaAllah nak beli mesin jahit lagi.

 

Hari ni pun dah pasang CCTV di kilang baru. Maklumlah lepas ni insyaAllah akan selalu travel. Jadi kena pasang CCTV untuk pantau operasi kilang dari kejauhan.

 

Sekarang ni saya cuba menjadi lebih organize dan setiap hari buat To Do List. Bila dah settlekan list tu, rasa legaaaaaaa.

Yang penting, sesibuk manapun, masih tetap bersama baby Yaya dan dapat uruskan dia sepenuhnya.

Seronok bila dapat mandikan dia dan gosok kulit dia yang lembut. Seronok bila dapat susukan dia sambil peluk dia. Seronok bila boleh bergurau senda dengan dia sambil-sambil berurusan dengan staf, supplier dll.

 

Tadi singgah KB Mall. Singgah hantar stok tudung dan juga lunch di KB Mall. Kedai yang saya nak masuk dulu masih available. Dulu rasa kurang yakin sebab kawasan tu macam sunyi tapi sekarang rasa lebih yakin sebab area situ dan makin sibuk sebab ada restoran baru. So tadi dah jumpa management dan ambil borang. InsyaAllah dalam minggu ni akan hantar dokumen yang berkaitan. Harap-harap dapat settle semua sebelum raya haji ni. Wohoooo! 🙂

One thought on “Seronok & Excited

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *