Sepatutnya..

Sekarang ni dah berada di Langkawi bersama keluarga.

 

Tapi disebabkan oleh si tupai dan juga nak selesaikan beberapa urusan dan anak-anak pun kebetulan ada ujian pada hari Ahad ni, jadi plan untuk ke Langkawi terpaksa dibatalkan.

Sayang jugak tiket flight. Tapi dalam keadaan sekarang, tak senang hati nak bercuti.

Lagipun saya sendiri pun dah sarat sangat. Jalan sikit penat. Buat kerja sikit penat. Mesti tak best jugak nak bercuti dalam keadaan macam ni kan. So takpelah…

 

Hari ni Alhamdulillah dapat beberapa berita baik.

Pertama, rayuan untuk meneruskan operasi kiosk berjaya. So Alhamdulillah boleh terus berniaga. Staf kat sana pun happy dan lega sangat. Yang kurang best, sewa kat sana dah naik lagi RM200 menjadi RM2800 sebulan.

Kedua, start bulan depan salah satu kiosk akan berpindah ke lokasi yang lebih strategik. Sebenarnya dari awal berniaga lagi kurang happy dengan lokasi tapi disebabkan susah nak dapat tempat, saya teruskan jugak.

Dari awal dah minta management inform kalau ada lokasi yang lebih strategik dan Alhamdulillah semalam dapat panggilan yang ditunggu-tunggu. Yang kurang best, perbezaan sewa adalah sebanyak RM500 menjadi RM2800 sebulan.

 

Kadang-kadang memang rasa nak fokus bisnes online je. Tapi ada masanya bisnes di butik dan outlet tersangatlah meletop dan membuatkan saya terus bertahan.

 

Okay bye. Sampai jumpa lagi! 🙂

One thought on “Sepatutnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *