Seminggu Tanpa Update

Lama betul tak update blog.

Dekat 10 hari.

Sebenarnya salah satu tujuan update blog adalah untuk saya tengok balik jadual hidup saya.

Pastu tengok balik apa perasaan saya pada masa tu.

Seronok ingat kenangan lepas ni. Tambah-tambah kenangan yang tak best. Rasa seronok lain macam. 🙂

Hari Sabtu – Isnin saya berada di Kelantan.

Balik ke kampung suami untuk menyambut puasa. Sambil-sambil hantar stok baju kurung ke outlet Benang Hijau di KB Mall.

Selalunya perjalanan ambil masa lebih 12 jam tapi kali ni sangat cepat. Kami bertolak dalam pukul 8.30 pagi dan sampai di Kelantan dalam pukul 5.30 petang. Dalam 8 jam je. Tak sangka boleh sampai dalam masa 8 jam.

Mungkin sebab sebelum ni kami selalu balik kampung time cuti sekolah @ raya dan jalan penuh sesak + accident. Kali ni jalan clear je. Jadi bolehlah kami merempit lebih sikit. 🙂

Sebelum balik Kelantan, memang jadual hidup tersangatlah sibuk. Sibuk dengan outlet baru di airport Senai. Ada satu hari tu sampai 3 kali pergi airport. Dahlah parking kereta kat bahagian bawah. Sekali pergi, duit parking dah RM5. Memang rasa sangat duit mengalir laju.

Pastu pulak banyak berulang alik ke Permas Jaya dan Bukit Indah. Duit tol pulak. Memang betul kena keluarkan duit untuk buat duit.

Kat Kelantan saya betul-betul berehat. Bangun lambat. Tidur awal. Tidur siang. Betul-betul recharge tenaga.

Memang meriah berbuka puasa di Kelantan. Lauk pauk dan kuih muih dia memang marvellous. Serius rambang mata nak buat pilihan. Semuanya menggoda. Dahlah murah. Buat saya rasa nak berhijrah ke Kelantan. 🙂

Kami sampai di rumah dalam pukul 5.30 pagi semalam.

Pukul 9 pagi dapat tahu 3 orang staf demam. Jadi terpaksalah saya sorang-sorang bukak kiosk dan bazar di Jusco Bukit Indah.

Tuhan je yang tahu apakah perasaan seorang usahawan yang kepenatan dan kena jaga kiosk dan bazar sepanjang hari.

Mujurlah tengahari tu ada seorang staf baru datang jaga kiosk. Jadi bolehlah saya duduk di bazar. Sewa bazar RM200 sehari. Kalau takde orang jaga dan terlepas pelanggan, rugi sangat. Jadi, walaupun tersangat penat, saya tetap bertugas di bazar sepanjang hari.

Hari ni Alhamdulillah semua pekerja dah boleh bekerja. So hari ni kerja saya dan suami adalah hantar stok shawl baru ke semua outlet di Johor. Untuk outlet di Selangor akan diposkan esok.

Hari ni dapat call dari shipping company yang nak hantar paper bag yang saya tempah dari Guangzhou.

Saya tempah paper bag, eco bag, plastik baju, tag baju dan namecard. Rasa macam tak banyak sangat dan pada mulanya nak courier melalui udara. Tapi bila dengan shipping agent cakap cost untuk courier lebih RM6000, terus tak jadi. 😛

So saya pilih shipping menggunakan kapal laut yang makan masa lebih lama tapi kosnya pun jauh lebih rendah. Dalam RM800 lebih macam tu.

Tadi shipping company call untuk confirmkan alamat penghantaran. Kalau nak cepat, lebih baik hantar ke Bangi. Tapi disebabkan barang yang terlampau banyak, saya pilih untuk dihantar ke Johor. So kenalah tunggu lagi seminggu.

Serius excited sangat menunggu paper bag. Maklumlah butik dan paperbag kan ibarat irama dan lagu. Kalau tak guna paper bag sendiri, kurang kena.

So insyaAllah minggu depan dua benda yang saya dok tunggu-tunggu akan sampai. Satu paper bag dan satu lagi mesin kredit kad untuk outlet di Permas Jaya dan Bukit Indah.

Semenjak balik dari Kelantan, perasaan sayang terhadap Ali bertambah-tambah. Maklumlah sepanjang kat sana saya bersama dia je.

Jadi siang tadi saya balik ke rumah agak awal dan main-main dengan Ali. Malam ni pun tak keluar ke mana-mana.

Okay sekian catatan rawak seorang usahawan bisnes pakaian. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *