Seminar Business DNA by Ibu Hanim

Assalamualaikum!!!!

Sekarang saya sedang berada di Dewan Besar Lembaga Tabung Haji kerana menghadiri seminar Business DNA.

Sekarang ni tengah lunch break tapi tak lapar sangat so mehlah kita update blog.

Seminar ni dua hari.

Semalam dah full day sampai 11 malam.

Best sangatttt!!!

Mula mula saya datang sorang je.

Tapi disebabkan best sangat, saya terus beli tiket untuk manager saya Diba untuk sama sama belajar.

Semalam Ibu Hanim kongsikan ilmu ilmu dalam proses pengambilan pekerja.

Bermula dari cara tulis iklan, ujian ujian dan juga soalan soalan yang perlu ditanya kepada calon.

Ibu Hanim dulu berkhidmat sebagai Specialist di Petronas dan beliau banyak kongsikan kisah kisah dan tips tips yang sangat praktikal.

Bila dengar perkongsian dia kan, rasa insofff sangat.

Ohh rupanya selama ni saya yang silap.

Saya yang tak pandai pilih calon yang sesuai sebenarnya.

 

Pastu belajar pasal brain colour dan juga H.E.D (human emotional driver) oleh Arthur Carmazzi.

Dari sini boleh faham personaliti dan cara berfikir orang di sekeliling kita dan juga boleh faham apakah yang dapat mendorong atau motivate setiap orang untuk melakukan sesuatu.

 

 

Sesi malam tadi pulak dengan Abang Abu, salah seorang speaker kewangan yang tersohor.

Padahal kewangan ni benda basic je kan.

Dapat duit, simpan dulu. Baru spend.

Tapi tak faham faham kan.

Sampai Abang Abu buat tarian supaya bebetul ingat.

Sesi Abang Abu ni sangat fun.

 

 

Lepas tu sesi Puan Nooraizan Zie belajar pasal brainwave dan buat sesi install memori bank baru yang positif.

Ada la sesi visualization untuk replace memori yang negatif kepada memori baru yang membahagiakan.

Lepas tu mostly everyone nangis nangis (termasuk saya of course) sambil nyanyi lagi You Raised Me Up.

Masa nyanyi ni kan saya yang lagi emotional dari Diba.

Rasa macam dia pulak yang Raised Me Up.

Overall memang happy sangat.

 

 

Pagi tadi sampai tengahari sambung lagi belajar pasal personaliti.

Buat test Myers Brigg.

Saya dan team dah pernah buat test ni sebenarnya semasa sesi private coaching dengan Ibu Hanim beberapa bulan lepas.

Dan kali ni bila buat lagi excited nak tengok sama tak.

Dan ternyata sama!!!!

Seronok bila attend training dengan someone yang bebetul kenal kita. Sebab dok gelak je sambil jawab soalan.

Okay bye.

Sesi seterusnya dah nak start.

See you when I see you!

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge