Selamat

Selamat sampai Malaysia beserta 95kg barang. Fuh…

Kononnya taknak beli kain baru sebab kain baru je sampai dari Vietnam minggu lepas. Tapi bila dah pergi Vietnam, memang terbeli jugak. 🙂

Pergi kali ni banyakkkkkk sangat jumpa usahawan-usahawan online yang lain.

Dari yang biasa dengar kepada yang tak pernah dengar langsung tapi rupa-rupanya dah meletop-letop siap beli pakai kayu.

Alhamdulillah peserta kali ni memang best. Semuanya ramah, mudah mesra, bertolak ansur dan sangat bersemangat nak berbisnes.

Kedatangan saya ke Vietnam kali ni memang tak sia-sia sebab saya dapat berkenalan dengan beberapa orang usahawan otai yang tak lokek ilmu.

Kebanyakan usahawan dah mula sibuk dengan barang-barang yang nak dijual pada bulan puasa nanti.

Advance kan?

Padahal baru bulan Mac. Ada 3-4 bulan lagi sebelum raya. Tapi semua dah sibuk sangat.

Rasa kelakar je mengenangkan kali pertama saya datang ke Vietnam pada hujung bulan Jun tahun lepas.

Rupa-rupanya masa tu semua peniaga otai dah ready dengan barangan yang dijual pada bulan puasa. Saya je yang baru terhegeh-hegeh nak berniaga. 🙂

Saya start jual kain Cotton selepas raya. Masa tu kedai kain memang lengang je. Siap boleh minta amoi kedai kain jadi model.

Tapi sekarang, jauh berbeza. Semua peniaga sibuk sangat. Tempat borong pun penuh sesak. Tapi tak semua tempat. Ada juga tempat-tempat yang masih ramai yang tak tahu dan memang jarang jumpa peniaga dari Malaysia kat situ.

Saya pun jumpa ramai usahawan yang pergi sendiri tanpa mengikuti pakej memborong. Personally saya rasa kesian dengan diorang. Sebab diorang ni macam agak lost dan tak tahu kat mana port untuk beli barang yang dicari.

Ramai jugak yang kena ‘pau’ beratus-ratus ringgit dengan Security Guard di airport Vietnam dan juga beli barang @ tempah baju pada harga yang jauh lebih mahal berbanding harga borong yang selalu peniaga dapat.

Sebab tulah dulu saya dan suami sertai rombongan borong. Bak kata penganjur syarikat tu,

Belajar sekali. Borong berkali-kali.

Memang betul sangat. Sebab bila kita pergi dengan rombongan, kita dah belajar short cut dari pengalaman pihak penganjur. Selain tu kita juga dapat berkenalan dan belajar daripada ahli rombongan yang lain.

Meriah tau pergi ramai-ramai.

Kalau terlebih beli barang pulak, mungkin boleh tumpang luggage peserta rombongan yang lain instead of bayar USD18 bagi setiap kilogram berat yang berlebihan.

Jadi, kepada para peniaga yang nak borong di Vietnam @ China @ mana-mana je, kalau boleh jangan pergi sendiri.

Bak kata omputih,

Penny wise. Pound fool.

 

Untung sikit. Rugi banyak.

Untung sebab tak perlu bayar duit pakej. Tapi rugi sebab tak tahu lubuk borong, prosedur borong, prosedur penghantaran barang, tips di airport dan juga tak ada mentor untuk bantu anda.

Kalau nak join rombongan saya pun boleh. Tapi memang kena book in advance ya. Pertama, sebab saya pun tak dapat pergi ke Vietnam terlalu kerap. Kedua, sebab saya pun tak terima penyertaan yang terlalu ramai.

Jika berminat nak sertai rombongan saya, boleh call/SMS ke 0167728950.

Kalau rombongan dengan saya dah penuh, saya pun mungkin boleh syorkan anda untuk sertai rombongan rakan-rakan yang yang biasa pergi ke Vietnam.

Sampai jumpa lagi. Assalaaaaamualaikum! 🙂

One thought on “Selamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *