Selamat Tahun Baru Dari Mangsa Banjir :P

Hi.. Alhamdulillah dapat bersua kembali di tahun 2015.

Alkisah lama tak update sebab tiada internet di rumah dari 25 Disember sehinggalah semalam.

Rumah yang saya diami tak dinaiki air tapi kilang jahit yang menjadi mangsa banjir.

 

Hari Khamis kami mula berniaga di butik baru berdekatan Tesco Lembah Sireh. Seperti biasa huru hara. Hahhaa..

Huru hara sebab sebelum tu sibuk mencuci kilang dan juga mencuci tudung-tudung yang menjadi mangsa banjir.

 

Pastu sibuk cuci butik baru yang bersalut lumpur pulak. Plan asal pembukaan rasmi pada 3 Jan tapi sekarang ni kami mula berniaga dulu dan pembukaan rasmi pada 17 Jan.

 

Alhamdulillah sales okay sangat walaupun hakikatnya timing pembukaan taklah cun sangat sebab parents pun pasti banyak habis duit untuk anak sekolah dan sebagainya.

 

Malam ni baca balik catatan-catatan saya sepanjang bulan Julai 2013. Sibuk sungguh saya time tu. Selalu je kena bertugas di outlet sebab pekerja tak datang.

Alhamdulillah sekarang dah takde masalah tu lagi sebab sekarang semua outlet pun ada minimum dua orang staf dan saya pun dah minta diorang bekerjasama bagi memastikan operasi berjalan lancar.

 

Alhamdulillah dalam masa kurang dua tahun dah banyak juga impian yang tercapai. 🙂

 

Bila dah capai tu kan, rasa macam sebenarnya tak la susah sangat pun. Buat je. Dan insyaAllah slow slow akan dapat idea untuk tambahbaik.

 

Doakan saya diberi kesempatan untuk terus menulis. 🙂

2 thoughts on “Selamat Tahun Baru Dari Mangsa Banjir :P

  1. aienzunnur

    assalamualaikum puan,

    Sy merupakan peminat benang hijau. Stkt ni berpuas hati dgn tudung dr benang hijau. Dan sy xpergi butik di lembah sireh tu.
    Thank you for inspiring org2 mcm sy yg nk blajar terjun ke bidang bisnes. Sy hrp puan sudi brkongsi tnpa jemu dlm blog ni.

    Salam 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *