Selamat Sampai..

Sekarang pukul 2.12 pagi dan Alhamdulillah saya dah selamat sampai di Hotel Sunway Pyramid Resorts & Spa.

Jom tengok gambar bilik hotel sikit.. 🙂

20130518-020744.jpg

20130518-020751.jpgSuami tokey kain yang pakai tracksuit je sebab lebih selesa nak angkat-angkat kain

Sampai je kat sini, terus teringat tahun 2009 saya pernah bermalam di sini untuk National Sales Convention Public Mutual.

Masa tu tahun pertama saya qualify trip ke Hangzhou, China.

Nama je qualify, tapi sebenarnya tak de duit pun untuk dibawa ke China. Last-last suami withdraw duit kredit kad sebanyak RM900 sebab kesian kat saya kalau tak bawa duit langsung.

Sampai kat KL, temankan rakan UTC shopping kasut sukan untuk dibawa berjalan ke Hangzhou. Masa tu kami masuk butik Nike, Adidas dan Puma di Sunway Pyramid. Saya cuma mampu telan air liur je sebab masa tu memang tak mampu nak beli kasut harga ratus-ratus.

Sedih sangat temankan orang berduit shopping. Sebab kena jadi pemerhati je.

Pada waktu malam, roommate saya Kak Suriani (seorang Agency Manager yang sangat berjaya) jemput seorang penjual tudung datang ke bilik kami.

Kak Suriani ni kaki shopping online. Dia selalu beli tudung dengan seorang online seller dari KL bernama Kak Miza. Jadi terlanjur kami dah datang KL, Kak Su jemput Kak Miza datang hotel dan bawa tudung-tudung yang terkini.

Kak Miza pun datanglah. Tudung Kak Miza berharga dalam RM50-RM70 sehelai. Hmmmmmmm… masa ni saya memang tak berangan nak pakai tudung mahal. Masa ni kebanyakan tudung saya berharga RM5 sahaja. Tak pun tudung bawal berharga RM10.

Duit kan tak banyak sangat. Tapi kawan-kawan UTC semua pakat beli dan diorang pun ajak saya sama-sama beli. Rasa peer pressure sangat. Padahal serius tak mampu. Duit RM900 tu jelah nak bawa pergi China ni. Tu pun dah berkurang sikit sebab kawan-kawan ajak makan Kenny Rogers siang tadi.

Sebab semua dok pujuk dan saya pun rasa malu, saya pun beli dua. Satu untuk saya. Dan satu untuk kakak. Sebab masa tu kakak saya tinggal kat rumah saya. Dan dia pun tolong tengokkan anak-anak semasa saya ke China. Total pembelian dua helai tudung RM120. Pembelian tudung termahal dalam hidup. Memang hari ini dalam sejarah. Sampai sekarang ingat.

Masa kat Hotel Sunway sebilik dengan Kak Su dan masa kat Hangzhou sebilik dengan Kak Ismawati.

Masa tu umur saya 28 tahun dan kakak-kakak ni dah hampir atau lebih 40 tahun. Kiranya dah berada di tahap selesa sangat. Memang cara pemakaian jauh berbeza. Masa ni jugak kakak-kakak yang baik hati ni nak sangat tolong saya make over. Nak tolong saya jadi lebih cun.

Tapi nak cun macamana kalau takde duit kan. Nak cun kena pakai baju cantik. Pakai mekap mahal. Pakai barang branded.

Saya ni pulak dari dulu memang tak bermekap jadi memang tak ada alat mekap langsung sedangkan roommate ada satu beg penuh dengan pencuci muka, toner, moisturizer dan sebagainya. Rasa rendah diri sangat.

Kasut yang saya pakai pun kasut sukan suami yang dah agak lusuh. Seluar pulak seluar jeans adik saya yang baru lepas SPM (Hi Aimi, I know you will read this. 🙂  ). Masa tu bawa seluar dua pasang je. Sebab dua pasang tu je yang okay. Dok gilir pakai dua pasang tu jelah. Harap-harap roommate tak perasan. Hahaha..

Pendek kata, masa tu rendah diri sangat sebenarnya walaupun kat luar control macho habis.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah…

Kedatangan ke Hotel Sunway kali ni jauh berbeza.

Pakai baju ada brand. Pakai tudung ada brand. Pakai blouse ada brand. Dan semuanya brand syarikat saya sendiri iaitu Benang Hijau! 🙂

Datang pun dengan kereta yang lebih selesa. Sebelum datang pun dapat singgah ambil duit jualan hari ini yang lebih banyak dari jumlah yang dibawa dulu. Alhamdulillah..

Cuma kali ni memang penat sikit la. Sebab esok pun kena keluar sekejap untuk ke outlet Seri Kembangan, Shah Alam dan Bangi.

Kononnya nak keluar dalam pukul 7.30 pagi dan kembali semula dalam pukul 10 sebab tak nak miss Convention Public Mutual ni langsung. Harap-harap sempat.

Ada yang kata dia jeles tengok kehidupan saya.

Mungkin sebab anda tengok saya yang dah senang. Yang dah agak berjaya. Tapi kalau anda tengok saya dulu. Kalau anda tengok cara saya bekerja. Kalau anda tengok hidup saya macamana, tak ada apa yang nak dijeleskan.

Yang pastinya, tak mustahil untuk anda juga berjaya. Tapi kejayaan ada harganya. Kalau anda sanggup berkorban dan berusaha keras, insyaAllah anda juga akan berjaya. Malah boleh berjaya jauh lebih hebat dari saya.

Okay bye! Nak berehat dulu.. 🙂

3 thoughts on “Selamat Sampai..

  1. amirahzainab

    Most of us, have been dreaming of this day for years. the day we leave childhood and achieving independence but
    even if we move thousands of miles away, there’s no escape. our family are coming with us..they will be with us forever.. in our habits, our gestures, and in the choices we made. so then, we will never set free and never be alone

    tahniah.. keep up the good job 🙂

  2. cik a

    baru berkesempatan nk baca blog faz..tp entri ni plg menyentuh hati..nk nangis rasa..alhamdulillah..faz dh bjaya skrg berkat usaha gigih faz n sokongan suami..insyaAllah.. nk jugak jd mcm faz.. sentiasa bersemangat!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *