Selamat Pagi!

Selamat pagi dari rumah yang manis.. 🙂

Alhamdulillah semalam selamat sampai di Malaysia tanpa dikenakan sebarang cukai di LCCT dan juga tanpa dikacau oleh staf security airport Vietnam yang suka pau duit orang Malaysia.

Rasa nyesal tak amik luggage 40kg. 🙂

Kononnya taknak beli luggage terlalu banyak sebab taknak ditahan oleh dua pihak ni. Tapi apapun, okay sangat dah kot. Sebab kalau banyak lagi, memang tak mampu nak angkut.

Semalam berbual dengan seorang peserta. Dia bercerita pasal orang kirim barang.

Bukan taknak tolong, tapi sebenarnya bila orang kirim..

1. Nak kena cari.

2. Nak kena bimbit.

3. Nak kena masukkan dalam luggage sedangkan luggage sangatlah limited. Kalau excess luggage, untuk AirAsia kena bayar USD18/kg.

 

Sang pengirim nak tolong bayar USD18/kg untuk barang yang dikirim? Mestilah tak kan.

Jadi tolonglah faham perasaan orang yang dikirim. Memang taknak hampakan. Memang nak cuba tolong. Tapi ada caranya.

Janganlah nak expect dapat harga sama macam awak beli sendiri di Vietnam. Awak kenalah kira tiket kapalterbang, duit hotel, duit teksi, duit luggage dan juga penat lelah kami.

Tambah-tambah kalau kawan awak baru nak start berniaga. Kalau sibuk belikan barang yang awak kirim je, macamana dia nak bawa balik barang berniaga dia?

Wah.. pagi-pagi dah emo. Hahahhaa…

 

Okay bye! Nak sambung tidur. Penat belum hilang lagi.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *