Selamat Pagi..

Selamat pagi.. 🙂

Sekarang pukul 5.25 pagi. Gigih taip blog pagi-pagi. Hihi..

 

Sebenarnya dari petang semalam sakit perut dan sakit belakang sangat. Suami pun dah risau sangat dah. Risau sangat kotlah terbersalin awal.

Sakit dia mencucuk-cucuk sampaikan nak beralih kedudukan dari berbaring ke mengiring pun tak boleh. Memang menangis saya dibuatnya. Serius rasa tak sabar nak nak tunggu bulan Mei dan bersalin. Dan lepas tu mungkin dah terus pencen. Dah tak sanggup nak hadapi semua ni.

Saya kan ada perancangan nak pergi memborong kain di China. Tapi dalam keadaan macam ni, memang rasa takut nak pergi mana=mana. Kotlah tetiba terbersalin awal, tak ke naya.

 

Malam tadi cuba jugak paksa diri untuk tidur dan Alhamdulillah bila bangun pagi ni dah okay sikit.

 

Hari ni 17hb Februari. Ada beberapa emel penting yang perlu dibalas dan juga borang yang perlu diisi. Target nak siapkan semua hari ni.

Koleksi terkini shawl akan menjalani shooting hari Khamis ni. Excited sangat sebab saya rasa corak terkini ni cantik cantik sangat berbanding sebelum ni. 🙂

Selain lebih 20 corak Shawl Nadeera printed, ada juga 17 pilihan warna baru untuk Shawl Nadeera plain dan juga 36 warna untuk Tudung Bawal Naura koleksi ekslusif dari Benang Hijau. 🙂

 

Tak sabar nak tengok hasil selepas photoshoot.

 

Pening kepala jugak nak uruskan shooting kali ni. Mula-mula kononnya nak gunakan model baru yang terpilih dalam pencarian model Benang Hijau tapi disebabkan shooting dibuat di siang hari waktu bekerja, jadi diorang tak available.

So kali ni gunakan model yang sama macam sebelum ni jugak.

Ada juga sorang model lain yang agak okay tapi dia lambat reply emel dan Whatsapp. Saya nak tunggu lama-lama risau studio pulak tak available. Lepas saya dah confirm dengan model lama baru dia reply. So takde rezekilah nampaknya.

Tapi takpe, InsyaAllah next collection guna model baru pulak. 🙂

 

Nak tunggu diri sendiri jadi model tak tahu bila. Tapi kalau boleh pun, mungkin tak kot sebab suami pun tak suka.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *