Selamat Hari Raya!

Alhamdulillah..

Another wonderful year has passed. 🙂

Tahun ni antara tahun sambutan raya yang meriah buat saya.

Kami sempat pindah ke rumah yang lebih selesa seminggu sebelum raya. Sempat beli perabot baru dan juga sempat beli set pinggan mangkuk baru. Wohoooo!

Hahaha..

Budak baru nak up la katakan. Beli set pinggan mangkuk pun kecoh. Hahaha..

 

Yang lebih best sebab tahun ni makcik saya dan anak sulung dia dari Algeria sambut raya bersama kami sekeluarga.

Semalam beraya sampai lewat petang. Hari ni sambung beraya lagi dan sekarang sedang tunggu famili suami datang beraya.

Bersyukur sangat dah jadi warga Kelantan dan tak perlu berebut-rebut nak balik beraya.

Esok pepagi akan bertolak ke Terengganu untuk beraya di rumah saudara mara di sana.

 

Alhamdulillah.. Bila teringat kenangan raya dulu-dulu yang serba kekurangan, memang rasa bersyukur sangat.

 

Kawasan rumah baru saya sekarang ni jiran-jirannya baik sangat. Jiran sebelah kiri ada restoran dan buat katering. Dia beriya ajak datang beraya. Jiran sebelah kanan pun sama. Dua kali datang ke rumah jemput beraya.

Bila dapat jiran yang baik, memang rasa lebih tenang dan bahagia.

 

Jumaat ni nak buat rumah terbuka untuk staf. Excited sangat. Dah siap tempah Nasi Bukhari dengan jiran sebelah.

Hari Sabtu ni Production House akan berpindah ke lot rumah kedai 3 tingkat di kawasan Wakaf Che Yeh.

Excited!!!

One thought on “Selamat Hari Raya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *