Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum..

Lama betul menyepikan diri. Last update dua bulan lepas.

Sebelum tulis entri baru, baca dulu entri lama.

Alhamdulillah yang tulis kat entri tu dah terlaksana. Website dah berwajah baru dan packaging pun dah improve.

Sekarang kami dah ada plastik packaging dan paperbag dan kami pun dah tempah kotak untuk tudung dan jubah.

Label pun lepas ni akan berwajah baru juga sebab dah tukar kepada label jenis woven.

 

Dalam masa dua bulan ni Alhamdulillah banyak progress antaranya produk kami dah disiarkan di GoShop dan laku keras. Sebelum ni pihak Astro minta kami sediakan 1000 unit dan sekarang diorang dah order lagi 5000 unit untuk bulan Ogos dan September.

 

Pastu butik baru di Bangi yang diberi nama Rumah Anggun pun dah mula beroperasi. Rumah Anggun tu kononnya nak buat butik vendor tapi disebabkan kesibukan melampau dan risau tak dapat memuaskan hati para vendor, last-last kami cuma letak produk kami sendiri.

Kiranya butik asal akan menjual tudung sahaja manakala butik baru untuk produk pakaian semata-mata. Tak tahulah cerdik atau tidak ni. Tapi alang-alang dah buat, insyaAllah nak cuba yang terbaik.

Selain menjual blouse dan jubah, lepas raya ni insyaAllah mini cafe di Rumah Anggun akan mula beroperasi. Plan nak jual keropok lekor dan air buah. Semoga dipermudahkan.

 

Sebenarnya ada berita sedih.

Minggu lepas salah seorang pekerja bahagian menjahit dimasukkan ke ICU kerana sakit jantung dan juga kencing manis. Memang kami semua terkejut sangat sebab orangnya kurus dan nampak sihat je. Dia pulak memang jenis ceria. Umur dia 41 tahun tapi kami memang selalu sakat dia sebab dia pun jenis yang melayan.

Memang langsung tak nampak macam berpenyakit.

 

Pastu pagi tadi terima panggilan mengatakan dia dah menghembuskan nafas terakhir.

Dalam pukul 3 lebih kami sekeluarga menziarah arwah buat kali terakhir. Sedih sangat. Dahlah muka dia ditutup dengan tudung Benang Hijau. Rasa tak percaya sangat.

 

Sesungguhnya kita semua akan mati. Tapi sejauh manakah persiapan kita?

One thought on “Selamat Hari Raya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *