Selamat Hari Raya!!

Hai.. Selamat Hari Raya!

Tahun ni saya beraya di Terengganu.

Nama je balik kampung. Tapi terpaksa duduk hotel.

Sebabnya ibu tiri memang tak suka adik beradik saya apatah lagi nak benarkan saya bermalam di rumahnya.

Ayah yang dah tua pun dah tak mampu nak cakap apa.

Bila dah bermalam di hotel, saya jadi lost. Tak tahu nak pergi mana pagi-pagi.

So ayah cadangkan saya pergi ke rumah Ayah Long (abang sulung ayah).

Sekarang saya berada di rumah Ayah Long saya dengan perasaan yang agak kekok jugak. Sebab macam menumpang kasih sayang dengan keluarga orang lain.

Sedih sebenarnya.

Tapi bila mengenangkan ramai lagi yang kurang bernasib baik dari saya, saya pun tak nak la sedih-sedih.

One thought on “Selamat Hari Raya!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *