Selamat & Gembira

Alhamdulillah.. Dah selamat check in semua beg.

Jumlah beg saya adalah 40kg (check in under nama saya) + 25kg (check in under nama peserta) + 7kg hand luggage.

Ni tak termasuk kain, baju dan shawl yang akan diposkan pada hari Isnin ini. Dan juga tidak termasuk baju-baju yang baru ditempah.

Memang betul-betul borong sakan kali ni.

Maklumlah nak raya kan. Kena beli barang banyak-banyak supaya tidak menyesal di kemudian hari. 🙂

Alhamdulillah peserta kali ni sangatlah best. Sangat sporting. Sangat bertimbangrasa. Sangat ceria. Dan sangat memahami keadaan saya yang sibuk memborong juga. 🙂

Bila dapat peserta macam ni, memang rasa nak buat trip macam ni selalu. Supaya dapat berkenalan dan bergaul mesra dengan sahabat yang baik-baik.

Trip seterusnya ke Vietnam adalah pada awal bulan Julai. Saya dah book tiket 2-3 Julai tapi baru dapat emel dari AirAsia minta saya tukar waktu penerbangan.

Semalam saya tegur seorang artis terkenal yang juga datang ke Vietnam untuk memborong. Alhamdulillah dia sangat mesra dan kami banyak bertukar-tukar info tentang bisnes pakaian.

InsyaAllah lepas ni akan terus berhubung.

Sebagai rakyat marhaen, memang rasa happy dapat berbual mesra dengan artis terkenal. Dan melalui dia jugak saya dapat banyak maklumat tentang cara-cara untuk sponsor artis, untuk jadikan artis sebagai duta produk, untuk minta artis shoot produk dan sebagainya.

Saya pun ada ajak dia untuk sama-sama bermusafir ke Guangzhou dalam masa terdekat. Tengoklah macamana. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *