Sekali Sekala Seronok Layan Filem Hindustan..

Semalam saya tidur hampir pukul 3 pagi dan pagi-pagi bangun awal jadi tak sempat caj bateri secukupnya.

Selepas bersarapan dengan suami, kami terus menuju ke bangunan Tabung Haji Johor Bahru untuk berjumpa klien. Lepas tu pergi ke @mart Kempas. Lepas tu pergi ke UTM untuk jumpa bakal UTC.

Masa kat UTM, saya rasa bateri dah flat sangat. Sampai je kat rumah dalam pukul 1, terus tidur. Dapat la dalam 3 jam. 🙂

Bangun tidur tengok filem Billu Barber di TV3. Suka tengok lakonan Irfan Khan dan Shah Rukh Khan yang sangat real. Suka juga tengok filem hindustan yang agak lain daripada biasa.

Filem yang sangat menarik!

Kalau tengok filem hindustan jarang sangat saya tengok dari awal sampai akhir. Maklumlah ceritanya kan panjang berjela.

Tengok kejap, pergi makan. Tengok kejap, solat. Tengok kejap, main dengan anak. Eh, dialog macam best, sambung tengok lagi. Time lagu,  bukak internet kejap. Memang multi tasking.

Tapi tetap boleh tangkap jalan cerita dia. Kalau agak-agak terlepas, buka wikipidea untuk tengok plot cerita. Hehehee…

Teringat kenangan tengok filem Kuch Kuch Hota Hai kali pertama pada tahun 2007. Masa tu sewa video kat kedai. Yang bestnya video tu tak ada subtitle. Nak tengok punya pasal, hantam sajalah..

Tapi takde subtitle pun, saya menangis sedu sedan tengok cerita ni. Hahaha..

Zaman tu kan Shah Rukh Khan tengah meletop. Semua filem dia saya layan. Antara yang saya suka Dil To Pagal Hai. Masa tu saya baru nak masuk UTM.

Bila tengok filem tu mulalah feeling. Siapalah agaknya jodoh diri ini. Huahuahua..

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *