Segar Selepas Berehat Seketika..

Balik buat terjahan dalam pukul 4 petang, rasa penat sangat.

Jadi saya tidur sekejap.

Dalam pukul 5 petang saya bangun dan sekarang saya dalam perjalanan untuk berjumpa beberapa orang prospek di Johor Bahru.

Boleh tulis blog sebab suami tolong jadi driver. 🙂

Dulu pernah terbaca pasal kehidupan pegawai kerajaan di Brunei yang mempunyai waktu rehat tengahari yang panjang. Mereka sempat masak, makan tengahari di rumah dan tidur sekejap. Tak pastilah samada betul atau tak.

Yang pastinya menurut blog ni, pada bulan Ramadhan, waktu kerja bagi kakitangan kerajaan negara Brunei hanyalah dari 8 pagi hingga 2 petang. Syok tak?

Pernah rasa nak berhijrah ke Brunei. Dahlah dengarnya harga makanan dan taraf hidup kat sana rendah.

Tapi Alhamdulillah bila dah bekerja sebagai UTC dengan waktu kerja yang fleksibel, saya dah tak ada niat nak berhijrah ke negara lain.

Tak sanggup nak hidup tanpa nasi lemak, satay, roti canai dan nasi kerabu. Hehehe..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.