Sedih

Malam ni sedih sangat.

Esok kena outstation untuk beberapa hari. So kena tinggalkan 3 hero malaya di kampung suami.

Memang dah selalu explain kat dorang bahawa umi bukannya pergi sesaja. Umi pergi kerja. Dan umi sedih sangat tinggalkan anak-anak. Dan ni adalah pengorbanan kita bersama. Nak berjaya kena berkorban. Umi berkorban. Dan anak-anak pun berkorban jugak. Sebab kalau tak berkorban hidup kita takkan berubah.

Tapi malam ni rasa sedih sangat. Rasa macam selfish je. Kesian anak-anak yang mungkin kurang selesa di rumah orang.

 

On the other hand, bersyukur sebab dianugerahkan rezeki anak yang sihat dan cerdas. Ada anak yang menyayangi. Ada anak yang merindui. Ada anak yang ternanti-nanti kepulangan saya. Dan malam ini air mata saya tumpah lagi..

 

Hari tu saya bercakap dengan seorang staf. Saya cakap dengan dia. Akak bangunkan syarikat ni bukan hanya dengan modal duit, masa dan tenaga. Tapi dengan iringan airmata setiap kali kena berjauhan dengan anak-anak.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *