Sebenarnya Okay Tak?

Hihihi..

 

Soalan mencabar ni.

Ramai yang tanya saya. Sebenarnya okay tak buat bisnes pakaian. Berapa sales sehari. Berapa sales sebulan. Berapa peratus keuntungan.

Dahlah sekarang duit tu macam tak nampak je. Setiap bulan ada je benda nak buat. Maklumlah saya pun bukannya bermula dengan duit bertingkek-tingkek kan. Start kecik-kecik. Rolling punya rolling punya rolling. Tambah outlet. Renovate. Tambah stok. Tambah outlet lagi. Macam neverending story je.

Tapi bila berniaga runcit ni, Alhamdulillah duit tak pernah putus. Setiap hari boleh makan. Setiap komitmen boleh bayar. Kalau komitmen besar, kenalah ambil masa beberapa hari kan. Tapi overall okay kot.

Tolak gaji pekerja. Tolak sewa. Tolak kos yang berkaitan. Tolak modal barang. Alhamdulillah setiap bulan memang ada aliran wang tunai yang positif.

 

Tapi kadang-kadang stress jugak dengan masalah-masalah pekerja. Menjawab. Kurang ajar. Asyik nak mintak advance. Asyik nak cuti. Berebut pelanggan sebab nak kejar komisyen. Macam-macam.

Ikut hati nak fire je. Tapi kesian jugak. Bagi peluang lagi.

 

Hari ni kurang produktif sangat. Duduk rumah je. Pukul 12 PA untuk bisnes Public Mutual datang rumah. Pastu pukul 2 lebih PA untuk bisnes Benang Hijau datang.

Pukul 4 keluar ke PUSMA (Pusat Usahawan Mara) di Technovation Park UTM. Tujuannya untuk berjumpa Pegawai MARA bagi membuat pengesahan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk sewa shoplot baru di Seksyen 7.

Pegawai kat sana sangat mesra. Terharu bila dia keluar dari bilik nak jumpa usahawan yang nak mintak pengesahan. Sambil berbual, saya tanya kekosongan ruang inkubator kat sini.

Alhamdulillah pegawai terus minta borang dengan staf dan dia terus isi bahagian kelulusan sebelum saya isi apa-apa maklumat. Lepas tu barulah saya isikan maklumat saya dan pihak PUSMA kata saya boleh start bermula bulan Oktober ni.

Alhamdulillah dah dapat pejabat untuk staf-staf pengurusan Benang Hijau. 🙂

 

Minggu ni kena banyak buat documentation sebab minggu depan nak submit Business Plan PUNB.

Okay bye! 🙂

 

 

One thought on “Sebenarnya Okay Tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *