Sebenarnya Lonely..

Sebenarnya perjalanan sebagai seorang usahawan ni agak lonely.

Sebab apa yang sedang kita lalui tak pernah dilalui oleh orang-orang di sekeliling kita.

Orang yang dah lalui pulak, mungkin dah sibuk sangat, mungkin taknak berkongsi ilmu, mungkin risau kita lebih berjaya dari dia, mungkin taknak bazirkan masa dia untuk berbual dengan kita.

Jadi kan, serius kadang-kadang rasa lonely sangat.

Excited pun, tak bercerita sebab takut dianggap riak.

Sedih pulak, tak bercerita sebab nanti orang kata kita kufur nikmat pulak sebab tak hargai anugerah lain yang Allah bagi.

Risau ke..

Tension ke..

Tak ada duit ke..

Semua tak boleh bercerita.

Maka lahirlah seorang usahawan yang lonely. 🙂

 

Bukan langsung tak ada kawan usahawan. Memang ada ramai. Tapi yang betul-betul dalam keadaan yang hampir sama, dalam bidang yang sama, memang susah.

Tapi bila saya selalu travel, Alhamdulillah seorang demi seorang sahabat baru yang best muncul dalam hidup saya.

Ada pepatah mengatakan,

To have a good friend, you have to be a good friend!

 

InsyaAllah saya akan cuba yang terbaik!

Pagi ni akan bertugas di Jusco Bukit Indah. Jaga kiosk sebab staf cuti emergency. Dia balik kampung pagi ni sebab mak dia masuk hospital.

Jadi, kepada orang Johor yang nak berkenalan, jemput singgah di kiosk Benang Hijau di Jusco Bukit Indah ya. InsyaAllah pengurus comel sedia menerima salam perkenalan dari anda. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *