Sebenarnya Hari Ni Saya Rasa Down

Dari semalam rasa kurang happy.

Bukanlah ada sebab musabab yang jelas pun.

Kalau ikutkan patut rasa happy sebab hari ni saya dapat komisyen dari Public Mutual.

Alhamdulillah kali pertama duit komisyen ni takde sebarang komitmen dan saya mampu untuk laburkan semua duit dalam Public Mutual.

Tapi En Suami kata lebih baik dilaburkan dalam bisnes Benang Hijau dulu. Nak sediakan stok yang banyak untuk hari raya yang bakal menjelang tiba.

Rupa-rupanya orang bisnes baju kurung ni semua dah sibuk dengan persiapan raya sekarang.

Dah sibuk nak berniaga kat mana, design macamana, nak beli kain kat mana, nak tempah kat mana. Kiranya semua dah kelam kabut.

Padahal tahun lepas pada masa ni saya belum pun tahu apa-apa pasal bisnes kain baju ni. Akhir bulan 6 baru jejak kaki ke Vietnam. Tu pun beli 7 pasang baju kurung je. Dan lepas tu bila nampak jalan, dalam dua minggu sebelum bulan puasa saya pergi lagi ke Vietnam untuk beli dalam 200 pasang baju kurung.

Masa pergi tu kebanyakan tempat dah takde stok baju kurung. Yang tinggal cuma baju saiz-saiz besar. Dah nak nangis dah masa tu. Macam sia-sia je datang Vietnam.

Nasib baiklah dipertemukan dengan seorang tokey baju kurung yang kebetulan stok dia baru sampai.

Eh eh tersasul pulak.

Okay, berbalik kisah down.

Bila dah down, minta suami bagi ayat penyedap hati.

Alih-alih dia cakap,

Ala awak jangan la macam ni. Saya semangat bila awak semangat. Bila awak down, saya lagilah down.

 

Adoiiiii… Serius makin lemah semangat bila dengar ayat macam ni.

Jadi, saya pun mulalah buat ayat penyedap hati untuk diri sendiri.

 

Dan saya pun mula berfikir tentangย hidup saya jauh lebih baik dari sebelum ni. Masa tahun 2006 hampir setahun kami bawa kereta yang takde road tax. Masa tu memang tak de aktiviti luar. Cuma pergi dan balik kerja sahaja. Dan memandu pun dalam keadaaan takut je. Takut sangat ada road block.

Padahal masa tu kami berdua Engineer. Tapi duit tight sangat. Memang tak pernah merasa minum Starbucks. Nak masuk Starbucks pun takut.

Kami pulak dulu-dulu kahwin awal. Jadi kalau susah, memang taknak cerita pada keluarga. Kang nanti diorang mengungkit pulak pasal kami kahwin awal. Jadi susah macamana pun, memang kami diam-diam je.

 

Bila dah ingat balik kisah lama-lama, terus rasa kembali bersemangat. Tak mustahil sebenarnya untuk ubah hidup kita. Memang ambil masa. Tapi taklah lama sangat. Alhamdulillah Baby Ali dilahirkan dalam keadaan yang selesa.

Siang tadi siap cakap,

Umi, nak tidur hotel!

 

Wah-wah.. comelnya muka! Kecik-kecik dah pandai ajak tidur hotel kan. Padahal baru 2 tahun kebelakangan ni saya mula duduk hotel. Sebelum ni kalau pergi ke luar kawasan, memang takde budget untuk hotel jadi saya tumpang tidur rumah saudara.

Masa tahun 2010 pun saya naik bas je untuk ke KL dan tidur di surau sementara tunggu stesyen LRT beroperasi. Masa tu pergi KL nak jumpa downline Public Mutual saya. Dahlah bulan puasa. Gigih sangat travel naik bas. Sahur kat warung. Pastu tidur surau. Pagi buat meeting sampai petang. Dan malam tu balik semula ke JB dengan bas.

Yang bagusnya bila saya dengar kesusahan orang, saya faham. Dan saya pun sedar. Saya berjaya bukan sebab saya hebat sangat. Ramai jugak yang berusaha lebih gigih tapi belum berjaya. Bukan sebab dia tak okay. Tapi mungkin sebab belum sampai masa.

Tapi percayalah, bila masa tu dah sampai, pengalaman yang tak best tu akan jadi indah sangat. Dan anda pun akan rasa waktu susah tu taklah lama sangat pun.

Sabar tau.

Jangan mengeluh.

Jangan rasa down.

Mungkin masa anda belum sampai. Tapi insyaAllah akan sampai jugak.

Dan memang betul sangat. Lagi banyak orang yang anda bantu, anda akan jadi lagi kaya. Kalau tak cukup kaya, maknanya anda tak cukup banyak bantu orang dengan produk @ perkhidmatan anda.

Okay bye. Nak rehat-rehat dulu bersama keluarga. ๐Ÿ™‚

3 thoughts on “Sebenarnya Hari Ni Saya Rasa Down

  1. amirahzainab

    salam..maybe its in the genetic.. today, yah nangis lots of times.. sampai masa kol kawan, termenangis.. tapi strong person ni.. bila dia bangun balik.. i am strong. i have my imperfections and i knew my imperfections as well as my strength. Ayat 139, surah ali imran yg berbunyi..dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang beriman

    It is not the critic who counts, not the man who points out how the
    strong man stumbles or where the doer of deeds could have done them
    better. The credit belongs to the man who is actually in the arena, whose
    face is marred by dust and sweat and blood, who strives valiantly, who
    errs and comes short again and again because there is no effort without
    error and shortcomings, who knows the great devotion, who spends
    himself in a worthy cause, who at best knows in the end the high
    achievement of triumph and who at worst, if he fails while daring
    greatly, knows his place shall never be with those timid and cold souls
    who know neither victory nor defeat.

    ALLAH ada. dan ALLAH sudah cukup utk kita. ๐Ÿ˜‰ kasih syg allah 99% lagi besar dari kasih syg manusia pada kita dan, ingat balik, u have supportive family, ingat masa kita main scrabble sampai subuh? haha.

    ๐Ÿ™‚
    im not okay, u are not okay , so thats okay ๐Ÿ™‚

    1. Fadzilah Mamat Post author

      Tq tq tq!!!

      Kak ct suka sangat dengan komen Yah. Serius matang.

      Dan suka jugak ayat paling last. I’m not okay, you are not okay, so that’s okay.

      Tolonglah tulis blog jugak. Boleh Kak Ct baca setiap hari. ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *