Sebak..

Malam ni saya dan suami bertolak ke KL sebab tengahari esok kami berdua akan ke Vietnam.

Sebelum pergi tadi Ali yang dah tahu dia akan kena tinggal buat muka sedih sangat.

Serious rasa kesian.

Saya siap cakap dengan suami boleh tak nak belikan tiket untuk Ali. Memang rasa sanggup je bayar.

Tapi tiba-tiba teringat Ali takde passport. 🙁

Saya taknak dia sedih dan menangis teruk, jadi saya cuba pujuk dia.

Janji nak bawa mandi kolam, janji nak beli kinderjoy. Siap janji nak belikan bumi (globe yang dia tengok dalam buku).

Rasa bersalah sangat nak tinggalkan dia.

Kalaulah ni trip peribadi, memang saya tak pergi.

Sedih sangat nak tinggalkan dia sebab bila saya ada kat Malaysia, memang dia selalu dengan saya.

Pergi kedai bawak. Pergi jumpa klien bawak. Pergi jalan lagilah kena bawak.

Rasa macam Mak yang jahat dan pentingkan diri je.

Sebab kesian sangat, sebelum pergi tadi, dalam keadaan barang-barang semua dah siap, kami bawa dia pergi pusing-pusing sekejap. Belikan hadiah Kinderjoy. Lepas tu hantar dia balik ke rumah.

Bila dia dah leka dengan Kinderjoy, barulah saya dan suami bertolak ke KL.

Semoga tiga beradik sihat dan selamat di sepanjang ketiadaan saya.

20130321-003614.jpgUmi sayang Ali… 🙁

2 thoughts on “Sebak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *