Sayu..

Rancangan asal adalah untuk drive ke KL. Minyak dah isi penuh. Kad Touch n Go pun dah topup.

Tapi semalam tak boleh tidur. Pukul 3 pagi masih tak boleh lelapkan mata.

Last-last tempah tiket flight je untuk je KL.

Itulah kan.. kita hanya merancang. Tapi perancangan Allah adalah jauh lebih baik.

Hati rasa sayu je meninggalkan anak-anak terutamanya Ali. Maklumlah dah tiga minggu (dari akhir Ramadhan) dia sentiasa bersama saya.

Tujuan ke Vietnam kali ni pun bukanlah untuk bisnes Benang Hijau semata-mata. Saya juga ingin berjumpa dan interview bakal pembantu rumah. Dan kalau ada rezeki, lepas ni mungkin akan jadi pembekal Pembantu Rumah dari Vietnam. 🙂

Pada hari Sabtu pula, saya akan menghadiri perjumpaan raya SMART Consultant Team & Consortium bertempat di Public Mutual Shah Alam.

Bermula semalam PA baru saya mula bertugas. Kali ni saya bagi tanggungjawab yang lebih besar kepada PA kerana saya nak lebih kebebasan masa.

Doakan saya selamat pergi dan pulang. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *