Saya Suka Sangat Kita Sibuk…

Nilah yang diungkapkan oleh suami saya petang tadi.

Serius hari ni kami sibuk sangat.

Pukul 9.30 keluar ke Jusco Taman U untuk ubah kedudukan pushcart. Pastu masukkan baju-baju baru yang nak dibuat Clearance Sales.

Pastu bawa staf baru ke outlet di Umall.

Pastu jumpa dengan dua orang budak praktikal yang akan mula praktikal di Benang Hijau bermula 15 Julai ni.

Budak berdua ni sangat ramah dan best. Siap offer nak tolong jaga outlet in case tak cukup orang. Alhamdulillah… Bersyukur sangat dapat budak praktikal yang sempoi macam ni.

Lepas tu pergi ke outlet Permas Jaya untuk ambil baju yang nak shoot. Sambil-sambil tu bawa juga baju-baju untuk Clearance Sales.

Kiranya hari ni kami buat Clearance Sales di Jusco Taman Universiti dan Jusco Permas Jaya. First time buat Clearance Sales ni. Tapi rasa seronok pulak. 🙂

Pastu bergegas ke tempat shooting.

Sepatutnya shooting start pukul 2 petang tapi kami sampai pukul 2.35 petang. Kesian 3 orang model yang menunggu kami.

Sementara suami setup kamera, saya keluar untuk ambil sebahagian lagi koleksi baju-baju yang perlu shoot di outlet Umall.

Bila semua baju dah ada, barulah boleh bernafas lega.

Kali ni minta tolong budak part time jadi assistant untuk gosok baju. Pastu budak praktikal pun baik hati datang tolong-tolong jugak. Alhamdulillah…

Siap shoot dalam pukul 5 lebih. Pastu hantar salah seorang model dan jugak budak part time balik ke rumah.

Pukul 6 saya dan suami singgah makan. Dan pada masa nilah suami cakap dia suka sibuk.

Sekarang suami sedang edit-edit gambar shooting tadi.

Serius tak sabar nak upload gambar-gambar terbaru. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *