Saya Suka Pos Ekpress!

Saya selalu gunakan khidmat Pos Ekpress. Dan saya perasan sejak kebelakangan ni servisnya memang lebih pantas.

Kalau dulu bila pos ke Sabah atau Sarawak akan amik masa beberapa hari, tapi sekarang sehari pun dah boleh sampai.

Memang puas hati!

Terima kasih ye pada semua abang-abang posmen! 🙂

Kepada yang mungkin kurang jelas, khidmat Pos Malaysia ni ada beberapa jenis.

Pertama, pos biasa. Yang ni ambil masa beberapa hari untuk sampai. Setem dalam 60 sen untuk surat biasa dan RM1.00 kalau surat bersaiz A4.

Kedua, Pos Laju. Yang ni biasanya untuk hantar bungkusan dengan segera. Pengirim kena timbang sampul atau bungkusan yang ingin dihantar.

Yang tak best tentang pos laju sebab posmen perlukan tandatangan penerima. Jadi kalau tak ada orang kat rumah, posmen akan tinggalkan notis.

Seterusnya kita perlu request untuk penghantaran kali kedua atau amik bungkusan di pejabat yang berhampiran.

Yang saya paling suka adalah Pos Ekspess. Ada beberapa saiz sampul surat. Paling kecik RM2.50, saiz A4 RM4.50 dan ada yang lebih tebal tapi saya tak pasti harganya.

Stok Pos Ekspress yang memang sentiasa ada di rumah

Saya selalu guna yang kecik dan yang bersaiz A4 untuk hantar borang pada klien dan business partner saya. Alhamdulillah memang cepat dan pantas.

Pos Ekpress ni pun tak perlukan tandatangan penerima dan posmen akan masukkan dalam post box kita je. Jadi lebih mudah.

Kepada rakan-rakan UTC yang tak pernah buat aktiviti pos mengepos ni, anda memang rugi besar tau. Boleh rujuk artikel ni.. Siapa kata kena berjumpa dulu baru boleh berurusan?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *