Saya Bukan Bimbo

Saya ni bukanlah seorang yang romantik. Saya ringkas dan praktikal. Saya tak suka bagi dan terima hadiah yang comel-comel tapi tak berguna.

Kiranya, I am not a Bimbo & I dont like Bimbos.. 🙂

Hahaha.. What a strong statement.

Masa ulang tahun perkahwinan yang pertama, saya cuma minta hadiah buah Ciku 1kg daripada suami.

Ya saya suka buah Ciku. Kalau nak bagi hadiah, boleh bagi buah Ciku ya. Nak hadiahkan kebun Ciku pun boleh.

Lepas SPM (pada tahun 1998), kawan-kawan yang rapat dengan saya di MRSM Pengkalan Chepa (kami menggelarkan diri kami sebagai geng PRS) nak bagi hadiah sempena perpisahan.

Memandangkan saya dari keluarga susah, jadi saya minta diorang hadiahkan benda-benda yang diperlukan untuk saya gunakan semasa di universiti.

Antaranya jam loceng, cadar dan selimut. Alhamdulillah semua hadiah sangat berguna dan berjasa pada saya.

Bila ingat balik, rasa terharu sangat dengan kebaikan geng PRS pada saya. Dalam 13 orang geng PRS, ada beberapa orang yang masih rapat dengan saya. Ada juga yang makin menjauh.

Takpelah, semua dah ada komitmen masing-masing kan. Yang penting, mereka pernah hadir dan menceriakan hidup saya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *