Satu Lagi Weekend Yang Sibuk Di Bangi

Sekarang saya berada di Benang Hijau Bangi. Kemas-kemas dan makeover Butik memandangkan penyewa yang jual baju kanak-kanak dah keluar dengan rasminya bermula hari ini.

Datang Bangi dari semalam. Ada meeting dengan seseorang. Gerak pukul 1 lebih dan sampai di Bangi dalam pukul 4 lebih.

Lepas meeting, singgah dan bermalam di rumah kakak di Nilai. Seperti biasa kalau datang sini akan tidur lambat sebab sembang-sembang dengan adinda tercomel.

Dalam pukul 11 pagi tadi gerak ke KL. Pergi ke kawasan Masjid India dan juga ke Kenangan Wholesale City. Jalan-jalan tengok kawasan borong pakaian di KL.

Lepas tu singgah makan Nasi Daun Pisang di Bangsar dan seterusnya singgah di Bangi.

Kat sini suami sibuk pasang railing, besi dan penyangkut baru dan saya dan staf pun sibuk menggantung dan menyusun baju.

Serious happy sangat bila saya dah boleh fully utilize butik ni. Baru rasa lebih bersemangat nak promote dan jugak nak buat signboard besar-besar.  🙂

 

Tapi kan, sejujurnya semalam dan hari ni sales kat butik ni teruk sangat. Serious teruk. Pendek kata, kalau saya cuma ada butik ni sahaja, memang tak boleh cover kos. Mujurlah sales outlet-outlet di Jusco dan juga sales outlet Airport Senai sangat membantu.

Rasanya bukan butik saya sahaja. Sebab nampak butik-butik sebelah pun sepi je. Takpelah, mungkin orang sibuk hadiri rumah terbuka. Dahlah tengah-tengah bulan pulak tu kan. InsyaAllah minggu depan sales lebih baik.

 

Kalau ikutkan nak balik ke JB esok. Tapi suami dah ajak balik sebab nak hantar shawl baru ke outlet-outlet di JB.

Okay sampai jumpa lagi. Bye bye!  🙂

2 thoughts on “Satu Lagi Weekend Yang Sibuk Di Bangi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *