Salam Syawal

Hi & Assalamualaikum..

Tahun ni saya beraya dalam keadaan serba sederhana.

Anak anak pakai baju raya tahun lepas dan saya pun cuma pakai sehelai jubah terbaru dari Benang Hijau pada hari raya pertama.

Tu pun pakai sebab nak test power okay tak material dan jahitan sebab ni jahit dengan tailor baru.

Bukanlah sebab takde duit sampai takleh beli baju raya.

Tapi mungkin sebab tak excited sangat pun nak raya.

Nasib la anak anak pun jenis tak kisah sangat. Yelah boys kan. Mana nak kisah sangat pasal baju. Yaya pulak kecik lagi. Lagilah tak tahu.

 

Banyak keputusan besar yang saya buat beberapa bulan ni antaranya tutup beberapa butik yang tamat kontrak seperti di Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Wangsa Melawati.

Ada juga beberapa butik lain yang saya pilih untuk tamatkan kontrak.

Sebabnya entahlah.

Dulu excited nak bisnes besar besar tapi bila dah rasa bisnes besar barulah saya sedar bahawa saya tak cukup hebat lagi dan team saya pun belum bersedia untuk manage terlalu banyak butik.

Daripada bulan bulan dok menanggung overhead yang besar dan stress, eloklah saya kecikkan bisnes dan cuba untuk seimbangkan kehidupan berniaga dan masa bersama keluarga.

Ikut hati nak ada satu je flagship store di Bangi dan nak tutup semua butik lain which is tinggal lagi 4 je pun.

Pastu nak fokus online sale sebab bisnes online ni kos dia jauh lebih rendah.

Sekarang ni lepas raya dok fikir pasal produk je.

Nak release produk apa. Corak apa. Berapa warna. Berapa harga.

 

Sekarang pun staff dah sikit sangat sangat berbanding tahun lepas. Kalau ada kerja lebih, amik part time staff je which lebih rajin dan bersemangat.

Ish segan sebenarnya dok citer pasal bisnes je kat blog. Tapi tulah. Memang dah setiap hari dok fikir pasal bisnes kan.

 

Tadi baca Quora dan terbaca pasal Aristotle Onassis, seorang usahawan yang pernah menjadi antara orang terkaya di dunia.

Walaupun dia kaya raya tapi end up dia meninggal dalam keadaan patah hati selepas kematian anak lelaki dia.

It makes me realize that ada banyak lagi benda yang lebih penting dari bisnes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *