Salam Maulidur Rasul

Masa saya di sekolah rendah dahulu, arwah umi saya selalu memberi tugasan untuk selawat. Sebagai contoh, sehari kena selawat seratus kali.

Tapi biasalah kan, kalau tak diingatkan memang selalu lupa je.

Jadi, bila umi saya tanya, “Dah selawat hari ni?”

Saya cepat-cepat selawat di dalam hati dan terus jawab, “Dah..” 🙂

Ayah saya pun sama. Selalu ingatkan saya supaya berselawat. Sehingga sekarang pun setiap kali call mesti ingatkan saya supaya berselawat.

Allahumma solli ala Muhammad

Dan sekarang setiap kali saya bersendirian, semasa sedang memandu, atau sedang menunggu seseorang, atau sedang ditimpa musibah, atau sedang gembira, saya akan berselawat.

Alhamdulillah, bersyukur sangat dilahirkan dalam keluarga sebegini.

Sepertimana keluarga lain, keluarga saya pasti ada kelemahan. Tetapi apabila saya sendiri sudah bergelar seorang ibu, saya faham bahawa setiap ibu bapa cuba bagi pendidikan yang terbaik pada anak.

Walaupun ibu bapa kita ada membuat kesilapan, tapi ia sebagai panduan kepada kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kalau kita tak suka, kita kena berusaha untuk jadi lebih baik daripada mereka.

Yang penting jangan terus terusan menyalahkan ibu bapa kita sehingga nanti anak-anak kita juga turut menyalahkan kita.

Bila kita selalu memuji ibu bapa kita di depan anak-anak, mereka juga akan berbuat benda yang sama bila mereka dewasa nanti.

Dan begitulah sebaliknya. Jika kita selalu menyebut keburukan orang, orang yang mendengar juga akan nampak keburukan yang ada pada diri kita.

Jadi sempena sambutan Maulidur Rasul ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

Jom sama-sama dengar bacaan selawat oleh Yusuf Islam yang sungguh menyentuh hati..

Untuk membaca kupasan yang sangat menarik tentang rasa cinta terhadap Rasulullah, jemput baca entri Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang terkini di sini.

 

 

Tagged on: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *