SAH Mengandung!

Pagi tadi gagahkan diri keluar ke outlet Benang Hijau di AEON Permas Jaya. Pergi bersama-sama suami dan dua orang student praktikal (Dila & Faiza).

Planning nak sampai pukul 9 pagi. Tapi disebabkan Mak Buyung yang terhegeh-hegeh + traffic jam, kami sampai agak lewat.

Assistant Manager baru Benang Hijau iaitu Cik Hanis sampai awal sikit dari kitorang. Komited sangat. Siap bawa 150km atas highway takut terlambat. Dua orang staf Benang Hijau di sini pun dah sampai lebih awal. Malu sangat bila bos lambat.

 

Saya serius tak larat. Cuma duduk dan bagi arahan apa yang nak diubah. Alhamdulillah dalam tempoh kurang 2 jam dah berjaya ubah susunatur outlet, ambil baju-baju lama dan gantikan dengan stok terkini.

Gembira sangat dengan wajah baru outlet ni. Maaf tak dapat share gambar. Langsung tak terfikir nak snap tadi.

 

Dah settle urusan di Permas Jaya, singgah TNB Jalan Yahya Awal. Bayar bil untuk butik Benang Hijau Bangi dan juga bil-bil rumah. Kat sini saya tunggu dalam kereta je.

Suami teringin nak makan Nasi Arab Al Jabali kat Taman Ayer Molek. Minggu lepas kami try makan kat sini. Nasi Maqlubah dia sedap. Hari ni kononnya nak try Nasi Mandy pulak. Sayangnya restoran ni tutup pulak.

Pastu suami tukar plan nak makan ikan bakar kat Kampung Pasir. Sampai je kat restoran ni, saya makin rasa tak larat nak keluar. Memang kesian nak biarkan suami makan sorang-sorang, tapi tak larat sangatttt. So end up saya tidur je dalam kereta dan kirim suami belikan buah-buah potong.

Suami cakap kalau dah tahap macam ni, memang SAH saya mengandung. Memang tak TIPU punya.

 

Bila suami dah siap makan, kami singgah di Jusco Bukit Indah untuk hantar kain cotton dan baju kurung terkini. Mula-mula saya plan taknak keluar langsung. Tapi bila dah rasa sihat sikit saya pun keluar jugak. Rasa tak best kalau tak jumpa staf kat sini. Sebab dah dekat seminggu tak jumpa diorang.

Settle urusan kat sini, kami pun balik.

 

Dalam perjalanan saya call beberapa pihak untuk sewa shoplot di Jalan Plumbum Shah Alam. Ada yang sewa RM5000. Ada yang sewa RM6000. Padahal sebelah-sebelah je pun. Prosedur nak sewa dengan diorang ni renyah sikit sebab diorang ni agensi kerajaan.

Yang penting, kena isi borang permohonan dulu. So insyaAllah esok nak siapkan dokumen yang diorang mintak. Kalau jadi, insyaAllah dalam 2-3 bulan lagi bolehlah bukak butik baru.

Seperti biasa, duit belum ada. Tapi takpe, apply dulu. Dah dapat nanti, kita fikir pasal duit pulak. 🙂

 

Sekarang ni outlet di Shah Alam adalah dalam bazar. Memang ramai pelanggan yang datang ke bazar ni. Sales pun okay. Tapi kelemahannya adalah kerana ruangan yang terhad dan kami tak boleh nak display banyak barang. Pastu pulak tak boleh letak signboard besar-besar.

Market kat Shah Alam ni okay. So memang kena cari shoplot sendiri jugak. Takpelah kos besar sikit. Yang penting, dapat ruang niaga yang lebih besar.

 

Ok bye! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *