Sabtu Malam Yang Sepi.. Chewahhhhhhhh

Hari Sabtu pagi ubah fikiran nak balik Kelantan naik keretapi je. Sebab rasa tak berbaloi je nak drive sedangkan nak balik sekejap je.

Pukul 10 pagi keluar rumah pergi ke Jusco Bukit Indah. Pergi ambil semua stok baju kurung yang ada kat sana sebab kiosk dah hampir roboh.

Tak, tipu je. Kiosk masih okay. Tapi serius barang banyak sangat dan keadaan agak huru hara. So saya clearkan dulu buat sementara.

 

Pukul 12 bertolak ke Jusco Permas Jaya untuk hantar stok baru.

Dalam perjalanan singgah stesyen KTM Kempas. Dari pagi dah plan nak balik kampung sama-sama. Tetiba dah sampai suami cakap tak perlulah kita balik sama-sama. Saya balik sorang jelah.

Fikir-fikir betul jugak. Sebab saya dah boleh imagine betapa aktifnya anak-anak dalam keretapi nanti. Confirm saya akan menyesal sebab bawak diorang. Kalau tak bawak anak, pun menyesal jugak sebab rindu kat diorang.

So daripada menyesal di kemudian hari, biarlah saya tak balik.

 

Lama jugak urusan kat Jusco Permas. Dalam 4 jam. Sebelum balik singgah Management Office untuk bayar sewa. Staf Jusco tegur semalam masuk Malaysia Hari Ini ya. Hihihi.. InsyaAllah suatu hari nanti nak masuk MHI pulak. ๐Ÿ™‚

 

Dalam perjalanan balik serius lapar sangat. Yelah pukul 4 belum makan tengahari.ย Sekali lagi singgah 7 Spice. Kali ni try lauk lain pulak. Hihihi.. ni yang lemah bila dah suka makan kat satu-satu tempat ni. Asyik nak makan kat tempat sama je. Sampai malu dengan pekerja diorang.

Kali ni try Lamb Claypot + Pepper Fry Squid + Bread Nan + Nasi Putih. Kononnya nak makan Peria goreng masala tapi dah habis. ๐Ÿ™

Bread Nan best. Yang lain kureng.

 

 

Pukul 6 lebih sampai rumah.

Pukul 7.40 gerak ke Kempas hantar suami. Dalam perjalanan balik rasa sunyi sangat. Suami pulak belum apa-apa dah hantar msg berbunyi..

“Boringnya awak takdop, sunyi sgt.. :(“

 

Ololo romantiknya..

Tulah hasilnya kalau dah buat bisnes sama-sama dan selalu pergi mana sama-sama. Bila sorang takde, serius rasa sunyi lain macam.

 

Dalam perjalanan balik, singgah Jusco Taman Universiti untuk hantar baju kurung baru. Singgah tepi jalan je sebab Ali tidur dalam kereta. So minta staf datang ambil barang kat kereta.

 

Dah settle semua, balik rumah dalam keadaan monyok. ๐Ÿ™

Pastu golek sorang-sorang sambil update sales report untuk semua outlet dan baca buku The Lazy Millionaire.

Baca dalam 2 Chapter, tido..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *