Sabar

Hari ni pagi-pagi buta keluar hantar suami outstation.

Yelah, suami saya kan kerja offshore. Tapi dia kerja offshore dua hari je sebulan. Hihihi..

 

Semalam dah selamat pindah kiosk di KB Mall. Kali ni saya memang betul-betul tak masuk campur. Semua suami dan staf buat. Sekarang pun kat sana saya dah pakai 2 staf. Takpelah bayar gaji lebih sikit yang penting setiap masa ada staf di kiosk.

 

Tengahari semalam pulak start setup untuk outlet baru di Mydin Kubang Kerian. Dekat pukul 1 tengahari sampai sana. Pastu suami pasang railing dan rak besi untuk baju.

Mula-mula saya pun tolong menyibuk jugak tapi lepas tu balik rumah sebab nak settlekan barang yang nak diposkan untuk pelanggan online.

Mula-mula macam tak banyak sangat nak kena pos. Last-last ada lebih 20 parcel jugak yang kami poskan semalam.

Kami commit akan poskan pada hari yang sama untuk pelanggan yang bayar sebelum pukul 12. Tapi kalau sempat, memang kami akan pack dan pos semua order yang sempat diproses sebelum kami keluar ke pejabat pos.

Kalau ikutkan saya memang ada akaun dengan Poslaju tapi entah kenapa rasa best jugak guna Poslaju Prepaid. Rasa lebih in control dan tak risau Poslaju terlebih caj. So buat masa sekarang semua penghantaran dari KB adalah menggunakan Poslaju Prepaid.

 

Dari satu segi stress jugak sebab bukak kedai dalam keadaan serba kekurangan. Signboard belum ada. Wallpaper belum ada. Kabinet dan meja belum ada (tapi dah tempah semalam dan akan sampai hari ni). Pastu shawl plain pun takde.

Tapi saya cuba think positif.

Malas nak compare bisnes kita dengan bisnes orang.

Hari tu terbaca satu quote yang menarik. Katanya,

Pesaing sebenar kita bukanlah pesaing kita dalam bisnes, sebaliknya diri kita sendiri.

 

Takpelah kalau ada peniaga yang jual produk yang lebih baik. Takpelah kalau ada peniaga yang ada kedai yang lebih cantik. Takpelah kalau ada peniaga yang menggunakan model yang lebih cantik. Takpelah kalau ada peniaga bermodal besar yang mampu membuat iklan yang menarik. Takpelah kalau ada peniaga dengan contact yang power dan cepat naik. Takpe. Biarlah diorang. Diorang bukan pesaing sebenar kita.

Pesaing sebenar adalah diri kita yang mudah rasa down. Yang mudah give up. Yang mudah rasa selesa. Yang taknak berubah. Yang tak terus cuba yang terbaik.

 

Lagipun dalam bisnes memang kena sabar kan. Semalam suami macam dah stress jugak la. Dia macam dengki je dengan bisnes orang lain. Dia macam rasa down je dengan pembukaan kedai yang tak semenggah.

Saya pun bagilah semangat sikit kat dia. Dalam bisnes kena sabar. Ibarat seorang lelaki yang nak dapat anak. Kalau dia nak anak, dia kena mengandungkan seorang wanita dan tunggu sembilan bulan. Kalau dia mengandungkan sembilan wanita sekalipun, dia tetap takkan dapat baby dalam masa sebulan. Tetap kena tunggu sembilan bulan.

 

Alhamdulillah semakin hari dapat feedback yang baik dari para pelanggan. Ramai yang repeat order. Ada yang belum dapat barang, dah repeat order untuk kawan-kawan pulak. Ramai jugak pelanggan baru yang sepejabat dengan pelanggan sedia ada. InsyaAllah kami on the right track. 🙂

 

Okay bye. Nak siap-siap hantar anak ke sekolah pulak. 🙂

One thought on “Sabar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *