Rupa-rupanya Mak Sendiri..

Menurut artikel The Star di sini, perempuan yang pukul bayi dalam video tu adalah ibu sendiri. Beliau telah ditangkap pada hari yang sama video tersebar pada  tahun lepas dan sekarang dia sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan.

Hmm..

Mungkin dia kurang cerdik. Mungkin dia kurang waras. Mungkin dia mengalami tekanan perasaan. Mungkin juga dia dah insaf.

Semalam saya tunjuk video tu pada suami dan dia pun jadi emo sangat.

Semalam juga saya bermimpi jiran saya dera anak dan lepas tu saya call polis. Nasib baik dalam mimpi tu saya tak ajak polis tu jadi ejen unit trust jugak. 🙂

Lepas ni kalau ada orang sekeliling kita yang kita nampak suka pukul anak, janganlah kita diamkan je. Sama-samalah kita jaga kebajikan anak-anak kecil di sekeliling kita.

 

 

 

4 thoughts on “Rupa-rupanya Mak Sendiri..

  1. fuziah

    emosi bercampur2 bler baca artikel ni… geram pada ibu budak tu :(… tp tersengih bila baca ayat yg ada tanda senyum di ujung tu…. 🙂

  2. Era Endut

    aku dok tengok pun..sebab kalu aku tengok mesti aku stress…lepas tu mesti production susu merudum..pah tu..Aqeel dok cukup susu..kiranya aku pulok yang dera Aqeel…so konklusi..sebarkan..tapi jangan tengok!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *