Rumah Idaman

Pagi tadi dalam kesibukan sempat pergi tengok rumah idaman. Suka sangat rumah tu sebab halaman luas. Pastu siap ada pokok manggis, pokok durian, pokok kelapa dan pokok kuini.

Rumah tu style klasik sikit. Sebahagian besar ruang tamu menggunakan kayu cengal.

Dah berkenan sangat. Dah berangan nak buat swimming pool kat rumah tu. Hahaha..

Macam jadi je.. Macam dah tak lama akan berpindah je.. Hihihi..

 

Nak citer lebih-lebih segan pulak. Kotlah owner @ sedara mara owner terbaca blog ni. Tapi serius macam ada chemistry sangat dengan rumah tu.

Dah nampak iklan rumah tu masa mengandungkan Yaya lagi. Tapi tengah sarat mengandung takkan nak pergi tengok rumah.

Pastu bersalin. So tunggulah sihat sikit. Risau jugak kotlah dah terjual.

 

Beberapa hari lepas, tengok iklan tu masih ada, saya pun hubungi owner. Kebetulan masa tu owner ada urusan di KL. So saya minta direction dan pergi tengok kawasan sekitar rumah tu dulu.

Rupanya ramai jugak yang call tapi saya orang pertama yang datang tengok. Owner tu pun macam dah berkenan je nak jual kat saya. Hahaha.. Perasan betul.

 

Esok nak forward geran dan gambar rumah pada banker dulu sebab dia nak cek market value dan berapa jumlah loan yang boleh dapat.

Harap-harap jadi. Tapi kalau jadi ni, kena usaha lebih sikitlah. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *