Rugi

Semalam dapat tahu ada perselisihan faham sikit antara online team dan staff butik di Kota Bharu.

So saya pun membebel sikit kat dalam group whatsapp dan bagitahu esok nak meeting.

 

So siang tadi saya pun meetinglah.

Saya panggil sorang-sorang dan tanya apa masalah.

Rupa-rupanya disebabkan terlalu takut nak meeting dengan saya, diorang dah meeting sesama sendiri dan masalah pun dah settle.

Haha.. gembira bos mendengarnya.

 

Tapi terlanjur dah jumpa saya pun ambil peluang untuk berkenalan dengan lebih lanjut dan tanya apa masalah atau komen-komen penambahbaikan yang boleh dibuat.

 

Dan malam ni saya takleh tido.

 

Ada 10 orang graduate dari pelbagai bidang dalam team saya tapi saya tak fully utilize kebijaksaan diorang.

Pastu banyak benda yang menjadi lembap sebab kononnya saya nak fikir semua benda.

 

So esok insyaAllah nak meeting semula dan nak agihkan kerja dan bagi tugasan yang lebih mencabar.

 

Tak sabar menunggu hari esok.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *