Risau

Pagi tadi singgah outlet di KB Mall.

Singgah amik duit sambil hantar shawl plain.

Rupa-rupanya shawl printed yang terbaru banyak yang dah Sold Out.

Terus rasa risau.

Risau sebab dalam hujung minggu depan baru nak restock kain yang bercorak. Nak tunggu kain sampai lagi. Nak jahit lagi. Kurang-kurang 2 minggu lagi baru boleh tambah shawl printed di outlet.

Tadi bincang-bincang dengan suami. Tak pernah beli produk Sendayu Tinggi, tapi pengasas dia kaya raya. Tak pernah beli jamu DeHerbs, tapi pengasas dia kaya raya. Tak pernah beli tudung Ariani, tapi pengasas dia pun kaya raya.

Pendek kata, tak semestinya semua orang beli produk kita barulah kita jadi kaya raya. Sebilangan orang membeli pun boleh jadi kaya jugak.

Yang penting, terus berusaha untuk hasilkan produk yang berkualiti dan jangan berhenti buat promosi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *