Rimas Dengan Orang Yang Suka Bergambar

Tajuk hangat ni. Confirm ada orang terdekat yang akan terasa bila baca. 🙂

Tapi serius. Saya memang rimas dengan orang yang suka bergambar.

Kadang-kadang bila pergi ke sesuatu tempat @ nak makan @ nak buat apa-apa, jadi terganggu bila ada yang sibuk nak bergambar.

Bila sorang dah amik gambar, yang lain pun nak amik. Jadi secara tak langsung urusan jadi terganggu. Padahal boleh je minta orang pertama bagi gambar. Tapi taknak. Semua orang nak jugak ambil gambar dengan kamera masing-masing.

Nak makan terganggu. Nak berbual terganggu. Tak suka.. tak suka…

 

Saya ni memang kurang suka bergambar. Kalau pergi tempat cantik macamana sekalipun, saya save dalam kepala je. Banyak jugak tempat menarik yang saya pergi tanpa ambil sebarang gambar.

Pada saya amik gambar banyak-banyak ni kadangkala merugikan masa. Rugi masa semasa ambil gambar. Dan kalau kita asyik dok membelek gambar-gambar lama, pun rugi masa jugak.

 

Kepada yang suka sangat bergambar tu, fikirkan jugak perasaan orang di sekeliling. Jangan ingat semua orang macam awak. Kejap-kejap nak amik gambar. Kejap-kejap nak upload kat Facebook. Kejap-kejap nak tengok berapa ramai yang komen. Ini semua poyo!!!!

One thought on “Rimas Dengan Orang Yang Suka Bergambar

  1. Min

    Hehe…

    Tapi orang yang tak suka bergambar pun kena la respect orang yang suka bergambar kan..Mungkin memori tak sekuat FM yang boleh save dalam minda je. Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *