Rentetan Pengalaman Buat Duit Dari Internet

Saya habis belajar di UTM pada tahun 2003. Masa belajar boleh access internet. Tapi ย internet sangat lembap dan tak de benda yang menarik sangat di internet pada masa tu.

So selalunya guna email dan chat di MIRC. Masa tu nick name saya Ct Flora. Ayu tak? ๐Ÿ™‚

Kerja pertama sebagai Test Technician di Solectron. Masa ni tengah pregnant so tak memilih kerja. Sebagai seorang Test Technician, tak dapat access internet kat tempat kerja.

Masa ni pulak kewangan belum stabil. Kat rumah pun takde laptop apatah lagi internet.

Tahun 2004 pindah ke VS Industry dengan jawatan yang lebih tinggi sebagai Assistant Engineer. Kat syarikat ni boleh guna internet time lunch hour je. Masa tu memang buta internet. Tahu bukak Jobstreet.com je. ๐Ÿ™‚

Dari Jobstreet, dapat tawaran kerja sebagai Test Engineer di Celestica. Kat sini pun tak boleh guna internet jugak. Kerja kat sini sampai tahun 2005.

Tahun 2005 berhenti kerja sebab nak buat Zhulian betul-betul kononnya. Tapi bila dah resign, jadi lost sebab tak tahu nak cari prospek kat mana.

Pastu baca buku Chef Li. Terpengaruh nak berniaga makanan dan jadi Jutawan Senyap.

So slow down bisnes Zhulian dan berniaga goreng pisang.

Bila dah tak nampak masa depan untuk jadi jutawan goreng pisang, tahun awal tahun 2006 saya pun apply kerja lagi dan dapat kerja sebagai Test Engineer di Jurong Hi Tech.

Akhir tahun 2006 bila dah jadi lebih penting dalam syarikat tu, saya dapat access internet di pejabat.

Masa ni rasa ketinggalan sangat. Sebab rupanya ada banyak program buat duit kat internet. Pastu bila baca blog orang lain, rasa DENGKI sangat.

Macamana dia buat blog. Macamana dia punya blog cantik. Hebatnya dia. Kat mana nak belajar semua ni!!!

Pastu nampak iklan untuk belajar buat bisnes dari internet oleh Irfan Khairi. Seminar bernilai RM790 camtu la. Kat KL.

Saya pun register. Padahal masa tu gaji dalam RM2400. Sanggup spend 1/3 gaji untuk attend course ni.

Pastu dengan gigih pergi KL dengan suami dan anak-anak. Kalau anda pembaca blog ni, mungkin ingat saya share pasal saya tumpang tidur di rumah bujang anak saudara suami. Masa tu memang tak terlintas langsung nak tidur hotel. Sebab rasa macam tak mampu sangat.

Balik seminar tu, semangat nak buat duit dari internet berkobar-kobar.

Pastu terjebak dengan pelaburan internet dan saya pun buat blog http://pelaburaninternet.com.

Dalam masa sebulan saya boleh collect lebih RM30,000 daripada bisnes ni. Memang masyuk sangat sampaikan saya nekad berhenti kerja sebagai engineer.

Malangnya pelaburan internet ni adalah SCAM dan berkubur dalam masa 2 bulan.

Dari saki baki duit yang ada, saya cuba masuk program lain. Tertipu lagi. Sampailah saya dah habis duit. ๐Ÿ™

Pastu saya temankan kawan attend taklimat untuk join program Master di UTM. Masters in IT Entrepreneurship. Sarjana Keusahawanan IT.

Saya pun joinlah. Masa tu jugak sebenarnya saya dah lulus exam KPLI dan kena panggil interview. Tapi bila fikir-fikir saya lebih prefer kursus Masters ni sebab saya minat bidang IT.

Ingatkan dah masuk kursus ni akan jadi lebih pandai buat duit kat internet. Rupanya silap. Sebab kursus ni lebih kepada ajar kita untuk jadi software developer camtu. Bukannya untuk buat duit dari internet macam yang saya idamkan.

Tapi takpe, dah belajar teruskan jelah. Sambil belajar tu saya create blog ni dan banyak spend masa di internet.

Tahun 2008 sambil-sambil belajar Masters, saya pun aktif dalam Public Mutual. Masa ni rajin buat roadshow. Sebulan bolehlah dapat dalam RM5000 – RM6000 sebulan. Alhamdulillah dah lebih selesa. Dan dah boleh gajikan bibik.

Tahun 2007, 2008 & 2009 teruskan blogging tapi belum rasa sangat income dari internet. Selalu rasa macam loser sangat. Kenapalah susah sangat nak dapat duit dari internet ni. Hampir give up dengan internet. Sebab tak nampak duit langsung.

Tahun 2010 semasa mengandungkan Ali saya aktif promosikan pelaburan unit trust di internet. Alhamdulillah berjaya dapat ramai pelabur dan juga business partner. Betul-betul merasa rezeki dari langit. ๐Ÿ™‚

Tahun lepas buat bisnes Benang Hijau. Bermula dengan Facebook. Pada peringkat awal, nak dapat orang LIKE punyalah susah.

Bila dah belajar, saya pun keluarkan modal untuk iklan di Facebook. Makin hari makin ramai yang LIKE. Dan Alhamdulillah sekarang bisnes Benang Hijau makin berkembang maju dengan memiliki butik di Seksyen 9 Bangi dan juga 8 outlet di JB, Shah Alam dan Kelantan.

Pendek kata, tak mustahil untuk buat duit dari internet.

Kalau betul-betul nak, pasti boleh dapat!

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *