Rasa Sedih Sangat Bila Baca Blog Penghidap HIV..

Semasa mencari bahan untuk artikel Kelebihan Mengingati Mati saya terjumpa beberapa blog penghidap HIV.

photo credit : http://thyblackman.com

 

Sedih rasanya bila baca artikel-artikel di blog-blog penghidap HIV. Orang yang menghidap penyakit lain biasanya mendapat simpati dan perhatian daripada keluarga dan kenalan terdekat.

Tetapi ramai penghidap HIV yang terpaksa menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan orang-orang yang terdekat dan terpaksa menanggung penderitaan seorang diri.

Antara artikel yang menyentuh hati saya adalah artikel ini.. http://akuhivpositif.blogspot.com/2012/04/kisah-benar-datukku-seorang-pembawa-hiv.html

Memang saya rasa bersimpati sangat kepada penghidap HIV, terutamanya yang mendapat virus ini disebabkan kelalaian dan kecuaian pihak hospital.

Namun begitu, dari satu segi, penghidap HIV lebih bernasib baik daripada orang yang mati mengejut. Ini kerana, mereka masih berpeluang untuk bertaubat dan berbuat kebajikan.

Sebaik-baiknya kita janganlah mendiskrimansi penghidap HIV.

Pertama, mungkin mereka mendapat virus ini disebabkan kesilapan pihak lain.

Dan kedua, kalaupun memang disebabkan kesilapan mereka, tidak mustahil mereka sudah insaf dan darjat mereka di sisi Allah adalah jauh lebih tinggi daripada kita.

Untuk membaca kisah-kisah penghidap HIV dan juga ahli keluarga mereka, boleh rujuk di sini.. http://akuhivpositif.blogspot.com/p/kisah-plhiv.html.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *