Rasa Ngeri Sangat Tengok Keadaan Lif Di Flat PPRT

Semalam terjah blog Mazidul Akmal. Terbaca artikel ini dan ini yang menimbulkan rasa simpati pada penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Kalau anda tengok gambar lif dia, memang rasa ngeri sangat.

Ngeri tak? (Kredit gambar : Blog Mazidul Akmal)

Kadangkala bagus juga baca paparan-paparan macam ni untuk bagi kesedaran pada kita bahawa ramai lagi orang yang kurang bernasib baik daripada kita.

Daripada jauh nampak cantik je flat-flat PPRT ni, tapi kat dalam tu hanya tuhan yang tahu.

Masalah utama yang dihadapi adalah masalah lif rosak. Bayangkan kesusahan penghuni di tingkat-tingkat 12 dan 13.

Kalau tak ada air, nak kena angkut air. Nauzubillah..

Sampai ada yang bersalin kat tangga semasa lif rosak. Memang tak sanggup dibayangkan..

Ada juga pesakit buah pinggang yang terpaksa naik tangga ke tingkat 12 selepas rawatan dialisis. Aduhai.. sedih sangat.

Lif yang ada pula keadaannya nazak sangat. Ada yang tak ada lampu. Ada yang macam dah nak runtuh. Hmm.. saya tengok pun rasa ngeri.

Ulasan Mazidul menyentuh pasal parti dan ADUN kawasan tu. Mungkin tujuannya supaya pihak terlibat mengambil tindakan.

Tapi tak mustahil masalah yang sama dihadapi di tempat-tempat lain tanpa mengira parti mana yang memerintah.

Terima kasih pada saudara Mazidul Akmal kerana sangat lantang dan berani mengetengahkan isu-isu hangat macam ni. Saya kagum sangat dengan keberanian beliau.

Kalau kita rasa kita susah, ramai lagi orang yang susah. Kalau kita rasa malas sebab dah cukup selesa, fikirkanlah tentang orang yang kurang bernasib baik dan gunakanlah kelebihan yang Allah berikan kepada kita untuk membantu hidup mereka.

Pasti ada sebab kenapa Allah bagi kita kelebihan. Bukan untuk kita menunjuk-nunjuk dan hidup senang lenang sampai ke anak cucu, tetapi untuk membantu orang yang kurang senang.

Cuba baca pesanan dan petua Syed Mokhtar Al Bukhary di sini dan di sini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *