Rasa Emo..

Semalam ternampak video ni..

http://www.youtube.com/watch?v=rumfPmoyQAU

Hari ni pulak baca ni..

PUTRAJAYA – Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang pengasuh yang bertindak menampal mulut, muka dan tangan anak asuhannya dengan pita pelekat semata-mata untuk memaksa kanak-kanak itu diam memakan diri apabila dia ditahan baru-baru ini.

Pengasuh berusia awal 20-an itu ditahan pada pukul 4 petang pada 23 November lalu di sebuah taska di Presint 14 di sini selepas polis menerima satu laporan daripada ibu Raif Alfian Farid Alfian, 18 bulan.

Kejadian tersebut telah berlarutan sejak Ogos lalu tetapi hanya diketahui ibu mangsa, Hazlina Rahmat, 29 apabila dia dimaklumkan oleh penjaga kepada kanak-kanak lain yg turut menghantar anak mereka ke situ 18 November lalu.

Hazlina ditunjukkan sekeping gambar di mana tertera imej anaknya yang sedang menangis dengan mulut, muka serta tangannya dilekat dan diikat dgn pita pelekat.

Difahamkan taska tersebut mempunyai 5 pengasuh yg mengasuh lebih 30 orang kanak-kanak berusia antara 2 bulan hingga 6 tahun dengan kadar bayaran RM300 sebulan.

Hazlina mendakwa, walaupun masih belum pandai bertutur, Raif seakan cuba memberitahunya sesuatu kerana kerap menangis dan menendangnya setiap kali hendak ke taska tersebut.

“Anak saya akan menangis @ merengek kerana dia trauma setiap kali ternampak benda yang dilekatkan dengan pita pelekat.”

“Saya cuba bersemuka dengan pemilik taska namun dia menafikannya sehinggalah saya membuat laporan polis.”

Dakwa Hazlina, terdapat kanak-kanak lain yang turut dilayan dengan buruk seperti tangan mereka dimasukkan ke dalam laci dan dibiarkan menyusu sendiri.

sumber: Kosmo 30 November 2010

 

Menitis air mata saya membayangkan kesakitan anak-anak kecil yang mendapat layanan macam ni.

Kalau tak suka budak, tolonglah kerja cuci longkang ke, pembersih tandas ke. Jadi, kalau tak puas hati, bolehlah sental kotoran puas-puas.

Rasa emo dan geram sangat ni. Semoga lepas ni tak ada lagi kejadian macam ni.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *