Random Update

Seronok jugak ada mesin jahit kat rumah.

Bosan je, jahit shawl. 🙂

Boleh je kalau taknak jahit dan tunggu pekerja buat. Tapi seronok sebenarnya menjahit ni. Bila dah start susah nak berhenti.

 

Serius untung beli mesin jahit dan jahit sendiri berbanding upah orang. Memang betul ada masa mesin rosak. Tapi time tak rosak, sejam boleh jahit 20 helai shawl.

Kalau hantar pada tailor, 20 helai tu dah kena bayar dalam RM50-RM100.

 

Hari ni dah penghujung bulan Januari. Esok dah masuk bulan Februari. Serius cepat sungguh masa berjalan. Rasa macam baru je bayar sewa butik dan bayar gaji pekerja, dah kena bayar lagi. 🙂

 

Minggu depan insyaAllah akan ke Bangi dan JB. Nak singgah melawat butik dan outlet. Nak audit stok dan juga nak makeover apa yang patut. Sambil-sambil nak hantar koleksi terkini. Ada Shawl Glitter, Shawl Corak, Kain Cotton dan juga Beg Kraftangan untuk outlet di Senai Airport.

 

Terlanjur nak ke KL, rasa gatal je nak book tiket untuk ke Vietnam @ Guangzhou @ Bangkok sekarang ni. Tapi disebabkan cuti CNY yang lama kat tempat diorang, jadi terpaksa tangguhkan dulu hasrat murni.

Kalau nak ke Vietnam, kena tunggu sampai pertengahan Februari sebab diorang cuma cuti setahun sekali dan time ni diorang cuti betul-betul.

Kat Bangkok dan Indonesia tak sangat kot sebab peniaga kain kat sana kebanyakannya berbangsa India. Tapi tak tahulah kan.

 

Siang tadi bawa 3 beradik ke KB Mall sebab Abang Iqbal nak makan KFC. Rasanya macam kali pertama je bawa Abang Iqbal dan Abang Adi pergi KB Mall. Bukan sebab taknak bawak tapi sebab diorang sekarang ni lagi suka duduk rumah dari berjalan.

Tapi bagus gak rasanya sebab bila kurang jalan, diorang pun kurang la permintaan.

Untuk budak berdua tu, yang penting cukup makan dan cukup internet. Dah cukup sangat dah.

 

Hari tu masa saya pergi Bandung saya ada belikan baju dan seluar jalan yang baru untuk diorang. Punyalah tak berjalan sangat, hari ni baru dapat rasmikan baju dan seluar baru.

 

Okay bye. Nak tido dulu. Good night! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *