Ramainya Orang Yang Baik..

Malam ni rasa terharu sangat. Terharu dengan sokongan daripada beberapa orang sahabat.

Memang ramai orang yang baik dalam dunia ni. Ramai sangat yang suka membantu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

InsyaAllah nak jadi baik macam tu jugak. Nak sangat menjadi seorang manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.

Dari segi pekerja pun, Alhamdulillah sekarang ni semuanya baik-baik, jujur, dan boleh diharap sangat.

InsyaAllah kalau ada rezeki, nak bagi gaji yang lebih tinggi. Sesuai dengan kelulusan yang diorang ada.

Tapi saya pun pernah cakap dengan diorang. Rezeki dari Allah. Akak sebagai perantara.

Walaupun akak tak boleh bagi gaji yang terlalu tinggi, akak sentiasa berdoa semoga awak-awak dimurahkan rezeki dalam bentuk yang lain.

Siang tadi interview seorang fresh graduate yang sudi untuk buat marketing Benang Hijau secara offline.

Nampak dia sangat positif, aktif dan banyak pengalaman dalam persatuan yang boleh bantu dia untuk menjayakan apa yang kami rancangkan.

InsyaAllah bulan Februari ni kami akan bergerak lebih aktif secara offline seiring dengan perkembangan secara online.

Sekian dulu coretan untuk malam ni. Lepas ni nak edit gambar dan seterusnya nak packing untuk ke Vietnam esok.

Yeayy! Tak sabar nak minum kopi Vietnam yang sungguh Yummy! 🙂

 

2 thoughts on “Ramainya Orang Yang Baik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *