Ramainya Orang Kahwin Dua..

Tadi saya berjumpa seorang klien kerana ada urusan tentang pelaburannya.

Dia memaklumkan kepada saya bahawa dia sedang merancang untuk berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isterinya. Tak keruan jiwa saya dibuatnya sebab isteri dia pun klien saya.

Dalam perjalanan balik, saya fikir pasal ni je. Dahlah baru dua hari lepas mendengar kisah seorang pensyarah yang berkahwin lagi dengan studentnya sampaikan isteri pertama merajuk dan membawa diri.

Rasa macam tak mustahil boleh berlaku pada diri sendiri. Sememangnya pasangan kita bukanlah hak milik kita tetapi anugerah dari Allah.

Kepada para isteri yang mengalami masalah macam ni, jangan rasa rendah diri ya. Anda mungkin fikir orang akan kata..

1. Tak pandai jaga suami.

2. Sibuk dengan kerjaya.

3. Tak bergaya.

4. Tak hebat.

5. Ego.

 

Sebenarnya tak. Orang yang kurang bijak je fikir macam tu. Kami yang lain tak memandang rendah pada anda. Sebaliknya kami mengkagumi ketabahan anda.

Terpanggil untuk mengetahui pendapat budak berusia 9 tahun dalam hal ni, saya pun tanya Abang Iqbal,

Umi : Abang, apa pendapat Abang kalau abah ada dua orang isteri?

Abang : Tak bagus.

Umi : Kenapa?

Abang : Sebab nanti kena berebut nak tidur sebelah abah.

Umi : Ye ke. Kan seronok ada dua mak.

Abang : Taknaklah. Lagipun nanti mesti selalu gaduh.

Umi : Macamana Abang tahu?

Abang : Abang tahulah…

 

Sayang pada makhluk kenalah berpada-pada sebab makhluk tak kekal. Kalaupun dia tak kahwin lain, mungkin juga dia pergi dulu sebelum kita.

Yang penting cintai pencipta makhluk, barulah cinta kita kekal abadi.

3 thoughts on “Ramainya Orang Kahwin Dua..

  1. sohoque

    mmmm.. amaaaann dunia kalau semua org mcm FM. hehehe. mesti ada hikmah yg amat besar kenapa Allah benarkan poligami. cuma suami juga kena cek la bab keadilan yg mampu diberi..

    1. Fadzilah Mamat Post author

      Malu saya baca komen En Sohoque. Belum kena kat batang hidung sendiri bolehlah rasional. Kalau dah terkena, entahlah.

      Harap-harap saya tak diuji macam ni. Dan kalau diuji pulak, doakan saya masih terus positif dan bahagia.

  2. NURFAMUS

    Saya nak kawen dgn ibu tunggal yg mempunyai 2 anak berusia 11 dan 7 tahun tapi dibantah keras oleh wife pertama, Niat saya suci untuk membela dan melindungi mereka. Kalau saya nak kawen dua kerana nafsu, better saya cari anak dara. . .apa pandangan saudara ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *