Rahsia Kebahagiaan Rumah Tangga

Keyword 13 April 2012

Hari ni ada beberapa orang yang sampai ke blog ini melalui keyword Rahsia Kebahagiaan Rumah Tangga.

Bila saya minta tips dengan suami, dia jawab..

1. Jangan ego

Kalau kita ada perselisihan dengan pasangan, jangan ego. Mengalah tak semestinya kalah.

Kalau kita taknak mengalah, pastu kita tak bercakap berhari-hari, adakah bermakna kita menang? Sedangkan kita juga yang tak bahagia kan?

Tapi kalau kita mengalah dan lepas tu hubungan kita bertambah baik, bukankah kita lebih bahagia? Dan bukankah bermakna kita menang?

2. Berbincang dengan pasangan

Nak tukar kerja, bincang. Nak mengandung, bincang. Nak hantar anak sekolah mana, bincang. Nak bahagikan kerja rumah, bincang. Nak makan tengahari, bincang. Nak makan malam, bincang.

(Kadang-kadang sebelum tidur kami dan bincang apa yang nak dimakan untuk breakfast. Hahaha.. nampak sangat kuat makan!)

Bila sesuatu keputusan diambil hasil perbincangan bersama, sebarang masalah yang timbul juga dapat diatasi bersama. Kalau tak, mungkin pasangan kita taknak bantu kita selesaikan.

Hmm.. tu je la kot. Ni kan blog Fadzilah Mamat, bukannya blog Fadzilah Kamsah. 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *