Quick Update..

Semalam jadual agak padat dan tak sempat nak rehat secukupnya.

Pagi tadi ada kursus Essentials Agency Management (EAM) di Public Mutual Johor Bahru. Saya memandu dalam keadaan yang sangat mengantuk. Mujurlah selamat sampai di destinasi.

Dalam kelas pun rasa mengantuk sangat. Siap tertidur-tidur lagi.

Habis je kursus dalam pukul 5 petang, kelam kabut balik ke rumah sebelum jalan jem.

Sampai je kat rumah, terus bukak bungkusan baju baju dari Vietnam yang dahpun sampai.

Buat sorting mengikut jenis dan juga saiz. Lepas tu sempatlah bekerjasama dengan suami untuk ambil beberapa keping gambar baju.

Cantik-cantik sangat baju kali ni sebab memang ambik dengan kedai yang selalu bekalkan kepada butik-butik tersohor. Kalau nak tengok, jemput ke sini.. https://www.facebook.com/media/set/?set=a.343417755734930.77808.339437169466322&type=3

Malam ni sepatutnya ada meeting Toastmaster tapi tak pergi sebab ayah saya datang dari Terengganu.

Yang bestnya, ayah ada appointment dengan kawannya, dan suami pun ambik peluang untuk pergi bermain badminton.

Tinggallah seorang zombie yang sangat mengantuk menguruskan 3 orang budak lelaki yang comel, banyak mulut dan selalu lapar. 🙂

Esok merupakan hari terakhir kursus EAM. Lusa nak interview pekerja dan petangnya plan nak bawa anak-anak ke Melaka Wonderland Theme Park Resort.

Sabtu Ahad nak berehat sepuas-puasnya sebab bermula Isnin dah mula buka booth pakaian di Bazar Raya Jusco Taman Universiti.

Okay sekarang nak tidur dulu. Good night! 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *