Punca Kegagalan Usahawan

Pagi ni saya baca forum di Carigold.com.

Dah lama jugak saya join forum ni. Dari tahun 2007. Selalu baca tapi jarang komen.

Saya pernah baca thread seorang usahawan restoran yang berjaya. Ada kedai 4 pintu dengan modal permulaan 1.2 juta.

Kagum sangat. Dahlah saya ni memang minat sangat nak berniaga makanan. Cuma belum bersedia dari segi modal dan masa. Sekarang ni nak fokus betul-betul pada bisnes Benang Hijau je.

Pagi tadi saya dapat tahu bahawa bisnes dia dah tutup. Restoran tu dah diambil alih oleh syarikat lain. Dan dia pun dah menghilang sebab banyak scam @ tipu forumer yang lain.

Terkejut sangat.

Pastu bila saya baca komen-komen di forum, apa yang saya dapat simpulkan benda ni berlaku sebab usahawan tu boros dan tak uruskan kewangan dengan baik.

Beli kereta mahal. Belanja kawin mahal. Campur adukkan duit bisnes dan peribadi.

Dan tetiba rasa takut sangat.

 

Kalau ikutkan sekarang memang saya tak boros. Sekarang ni memang tak ada tambah komitmen peribadi. Semua duit digunakan untuk kembangkan lagi bisnes sahaja.

Masalah saya adalah terlalu berani. Berani beli barang banyak-banyak. Berani iklan mahal-mahal kat majalah. Berani bukak outlet banyak-banyak. Berani commit dengan duit yang belum ada.

Setakat ni Alhamdulillah tak ada masalah walaupun selalu jugak stress nak pusing duit.

Tapi lepas ni nak lebih berhati-hati. Rancang betul-betul. Beli barang setakat yang mampu.

 

Serius takut oooo…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *