Pregnancy Update

Pagi tadi check mengandung. Alhamdulillah semua okay. Baby pun dah 2kg.

Kandungan saya dah berusia 32 minggu dan due date pada 9 Mei 2014.

Dalam tempoh sebulan, berat saya cuma naik 200gm sedangkan berat baby naik sebanyak 600gm. Dengan kata lain, berat sebenar saya turun 400gm.

Tapi disebabkan saya dah sedia gemuk, doktor kata tak ada masalah.

Saya pun rasa okay je berat turun sikit sebab sekarang pun dah tak larat nak membawa diri.

Kalau terus menggemuk, memang tak boleh buat apa-apa la jawabnya.

Petang ni perut rasa kurang selesa dan cuma boleh baring je sambil melayan order pelanggan dan juga communicate dengan staf di butik dan outlet.

Penat travel selama 3 hari belum hilang.

Badan tak larat dan tak berselera nak makan apa-apa.

Hari ni keluar iklan Metro lagi. Alhamdulillah feedback okay. Ada yang pagi-pagi lagi dah datang shopping shawl di butik.

Ada yang bagi feedback harga shawl yang kami jual adalah murah, corak cantik dan kain pun berkualiti. Alhamdulillah happy sangat.

Bila tengok orang lain jual pada harga yang mahal, memang buat saya terfikir dua tiga kali jugak.

Murah sangatkah harga yang aku jual ni?

Tapi bila kira-kira balik, Alhamdulillah boleh bagi pulangan yang lumayan dan stok pun selalu sold out, so kira okaylah.

Eh panjang lebar pulak bercerita. Hihi…

Okay bye. Mak buyung nak bermesra dengan anak-anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *