Popia Kentang Di Petang Jumaat

Petang tadi abang ipar call bagitahu nak datang rumah.

Suami dah tak senang hati dok fikir nak sediakan apa untuk tetamu. Last-last dia minta saya buat popia kentang dan dia buat jus mangga fresh.

Saya ni taklah hebat pun masak memasak ni. Ada dua tiga menu je yang expert.

Masa tengah goreng daging cincang, tetamu dah sampai. Diorang pun excited nak makan popia kentang sebab tak pernah makan.

Tengah tengah buat tu risau jugak janganlah tak sedap. Janganlah tak sedap. Malu la dengan tetamu ni. Dahlah semua tak sabar nak makan.

 

Bila dah siap, Alhamdulillah cukup rasa. Tak sempat nak hidang betul-betul. Baru angkat dari kuali, habis. Angkat lagi dari kuali, habis lagi.

Abang ipar pun puji sedap. Siap suruh kakak ipar belajar cemana nak buat. Hahaha.. kembang hidung sekejap.

 

Sambil-sambil datang berbual, diorang pun dok sibuk potong kain lebihan shawl untuk buat shawl bagi anak-anak diorang. Kelakar sangat tengok diorang gigih dok menggunting dan jahit shawl.

 

Lepas diorang balik terus bincang dengan husband menu yang nak dihidangkan kalau diorang datang lagi lain kali. Semangat kan? Hihihi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *