Plan Yang Tersasar

Dua minggu lepas MAS ada buat promotion. Harga tiket sangat murah. Cuma RM1006 untuk saya dan suami pergi balik JB – KL – HCM.

So saya pun belilah. 🙂

 

Kononnya masa beli tu fikir okaylah pergi dalam masa dua minggu sebab barang yang beli sekarang akan sampai dalam minggu ni jugak.

Ini tidak. Barang yang beli masa tu baru je sampai semalam. Hari ni baru nak diagihkan ke kedai. Dahlah separuh lagi masih di Vietnam.

So perancangan dah tersasar.

 

Memang dalam berbisnes, inilah antara cabarannya. Plan kita lari disebabkan ada benda yang berlaku di luar jangkaan. Kalau memang tak dapat dielakkan takpelah. Tapi bila ia disebabkan oleh kecuaian seseorang, memang menghanginkan.

 

Pagi tadi tailor yang kena rompak tanya saya, boleh tak kalau dia buatkan baju plain yang matching dengan kain-kain yang tinggal tu.

Adoyaiiii…

Mungkin ada yang berminat kan. Tapi saya rasa kebanyakan pelanggan saya mesti taknak.  Kalau baju bercorak kain plain mungkin okay lagi. Tapi kalau baju plain kain bercorak macam dah tak musim je.

Memang kesian kat dia, tapi saya pun kena tegas. Sebab saya yang bayar duit kain-kain tu semua. Bukannya dapat percuma. Pastu bayar upah dia lagi. Kalau tak laku saya jugak yang kena tanggung kerugian.

So saya cakap saya tak setuju.

 

Tailor ni bagus jugak. Gentleman. Dia hormati keputusan saya. So sekarang dia akan cari design yang sama. Kalau tak ada, dia akan ganti dengan corak lain yang saya pilih.

 

Okay bye. Nak siap-siap. Nak keluar hantar barang dulu. 🙂

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *