Pindah Kilang

Semalam tido hampir pukul 4 pagi sebab habiskan buku The Personal MBA.

Lega dah habiskan buku tu sebab buku tu pun dah hampir lunyai.

Best jugak buku tu. Banyak jugak ilmu baru yang saya dapat.

 

Bila kita baca sesuatu buku kan.. kita rasa macam takde effect apa-apa.

Tapi sebenarnya ada.

Secara tak langsung ia memberi pengajaran. Memberi kekuatan. Dan memberi keyakinan kepada kita.

 

Dah lama nak jadi penulis buku tapi hajat masih belum kesampaian.

Dulu sebab macam tak sure nak tulis apa. Sekarang sebab dah makin sibuk.

 

Pagi tadi sibuk berpindah ke kilang baru.

Kilang baru ni terletak di tepi jalan tapi di kawasan kampung sikit.

 

Berpindah sebab kadar sewa yang lebih rendah dan lokasi kilang yang berdekatan dengan rumah bos. Dan juga sebab lokasi baru di tingkat bawah jadi lebih senang untuk menguruskan stok kain.

 

Padahal tak cukup tido tapi disebabkan sibuk, boleh je bertahan sampai dah tengah malam ni.

 

Okay bye. Nak tido awal sebab esok pun pepagi kena pergi kilang untuk pastikan semuanya berjalan lancar. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.