Piknik

Hari ni bangun pagi-pagi masak spagetti atas permintaan anak-anak. Chewah.. macam la expert sangat. Hihihi..

Lepas tu kejutkan anak-anak, makan dan kami pun bertolak ke Jeram Linang.

Sampai kat sana dalam pukul 9.30 pagi.

Alhamdulillah tak ramai sangat orang. Mungkin sebab masih awal.

 

Saya dah bawa baju lebih. Tapi sampai kat sana rasa tak selesa pulak nak mandi. Saya pulak kurang sihat sikit sejak semalam. Batuk dan sakit tekak. Risau jugak kalau mandi batuk bertambah teruk nanti.

Abang Iqbal excited sangat dapat mandi air terjun. Maklumlah sepanjang cuti sekolah yang lepas langsung takde aktiviti mandi manda sebab dia bersunat.

 

Rasa kurang best jugak tak dapat participate. Tak dapat sama-sama bergembira. Tapi takpelah, walaupun saya tak mandi, at least kehadiran saya tu melengkapkan ahli rombongan (ayat penyedap hati). Hihihi..

 

Dalam pukul 11 lebih kami balik dan dalam pukul 12 lebih sampai rumah. Alhamdulillah seronok dapat menggembirakan anak-anak. 🙂

 

Masa kat Johor dulu jarang sangat pergi mandi air terjun. Maklumlah air terjun terdekat pun jauh jugak iaitu di Kota Tinggi.

Pastu kena bayar parking kereta. Kena bayar ikut bilangan kepala. Tak boleh bawa makanan dari luar. Makanan dalam tu pun mahal dan tak sedap. Ramai orang. Ramai yang seksi meksi sampai kita pulak naik segan.

Last pergi sana, memang rasa tak puas hati. Kemain lagi syarikat pengurusan kenakan caj pada pengunjung. Macamlah dia yang buat air terjun tu. Kalau theme park tu bolehlah terima. Ini dah memang benda semula jadi. Nak kata terjaga sangat kebersihan dan kecantikan pun tak jugak. Memang tak puas hati.

 

Kat Jeram Linang ni Alhamdulillah takde kena bayar apa-apa pun. Parking free. Boleh bawa bekal. Boleh buat BBQ. Betul-betul enjoy. 🙂

 

 

 

2 thoughts on “Piknik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *